Beliau berkata, jika Ahmad tidak mahu berdebat dengannya hendaklah berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang meminta supaya GST dibatalkan.

“Saya cabar Ahmad Maslan berdebat dengan saya, jika dia tidak mahu dia boleh berdebat dengan Tun Mahathir,” kata ketika berucap dalam Himpunan Selamatkan Felda 2.0 di Felda Keratong 4 malam tadi.
Katanya, Ahamd sering berkata GST hanya dikenakan kepada orang kaya, namun apa yang terjadi semua rakyat sama ada miskin atau kaya semuanya dikenakan dengan cukai itu.
"Apabila dikenakan GST bermakna kita adalah orang kaya menurut kenyataan timbalan menteri berkenaan," ujarnya berseloroh.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut meminta Ahmad mengisytiharkan beratus jenis barang yang didakwanya tidak dikenakan GST yang sehingga kini pengguna masih tidak mengetahuinya.
Justeru, beliau bekata, Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kali ini memberi ruang kepada rakyat menyatakan kemarahan terhadap GST dengan mengundi calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad.
"Ia adalah suatu isyarat kepada Putrajaya bahawa rakyat menentang pelaksanaan GST yang membebankan mereka akibat kenaikan harga barangan keperluan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/4/2015
0 comments: