Diterbitkan: 10 April 2015 Ditulis oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR: PAS Pahang akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.
"Insya Allah, PAS akan letak calon pada Pilihan Raya Kecil Rompin," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Harakahdaily.
Dari segi jentera, jelasnya PAS Pahang telah menubuhkan jentera di peringkat kawasan dan negeri di samping akan dibantu oleh negeri-negeri lain.

Menurutnya, PAS negeri telah meninjau calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Tuan Ibrahim berkata, perkara yang berkait dengan PRK Rompin akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 13 April ini.
"Perkara dasar berhubung PRK Parlimen Rompin akan dibincangkan pada mesyuarat AJK PAS Pusat, Isnin ini," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
Berhubung tarikh pengundian, beliau menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'tidak berjumpa' hari Sabtu dan Ahad dalam menentukan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
Katanya, hari pengundian PRK Rompin pada hari bekerja bukan sahaja menyusahkan para pengundi tetapi juga pihak pentadbiran termasuk sekolah yang dijadikan pusat mengundi.
Tambahnya, walaupun para pengundi di kawasan Parlimen Rompin tidak ramai bekerja di luar, namun tidak sewajarnya SPR menetapkan hari penamaan calon, mengundi awal dan pengundian pada hari bekerja kerana mengganggu banyak pihak.
SPR hari ini mengumumkan bahawa PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei Selasa), penamaan calon 22 April (Rabu) dan pengundian awal 30 April (Khamis).
PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.
Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mendapat 30,040 undi untuk mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu sementara calon PAS, Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 10/4/2015

0 comments: