Resolusi Kongres Professional Muslim 2015


KENYATAAN MEDIA
Resolusi Kongres Professional Muslim 2015

Bahawa dengan ini, kami yang bersidang dalam Kongres Professional Muslim 2015 pada hari ini, 29 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 18 April 2015, di Auditorium MPAJ, Ampang

Menyedari bahawa dunia senantiasa dilanda krisis demi krisis baik daripada segi ketenteraan, politik ekonomi mahupun sosial, yang sekaligus mmenggambarkan gagalnya sistem penyelesaian sedia ada, dan memahami peri pentingnya semua tenaga manusia yang berkepakaran dalam pelbagai bidangnya berganding bahu memberi pelbagai sumbangan membawa Malaysia dan dunia ke arah sebuah suasana kehidupan yang maju, cekap, adil, aman dan berharmoni, maka Kongres Profesional Muslim 2015 telah mengambil resolusi berikut:

1. Profesionalism ialah sifat-sifat adil, jelas dan rasional berasakan kepada kekuatan ilmu dan hujjah yang perlu dimiliki semua orang khususnya golongan professional iaitu mereka yang mempunyai ilmu, dan kemahiran yang diiktiraf di dalam sesuatu bidang tertentu

2. Mengambil kira dunia kesarjanaan Islam sebagai satu bidang ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, maka Ulama juga adalah sebahagian daripada golongan professional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang bidang lain, maka dualism dan dikotomi golongan professional dan golongan ulama harus dihapuskan.

3. Dunia amnya dan Malaysia khususnya perlulah secara adilnya memberi pekuanng kepada penyelesaian secara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan manusia dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dunia hari ini yang telah gagal diselesai kan oleh sistem dan kaedah penyelesaian lain.

4. Bahawa usaha ke arah membina sebuah cara hidup maju, adil, aman dan berharmoni berasaskan Islam perlulah disokong oleh semua pihak, dan diterajui oleh sebuah organisasi gerakan Islam yang terbukti kejelasan perjuangannya dan kekukuhan prinsip Islamnya iaitu Parti Islam SeMalaysia, PAS.

5. Mengiktiraf bahawa sesebuah organisasi gerakan Islam mestilah dipimpin oleh mereka yang lebih berilmu dan berkemahiran dalam prinsip dan dasar nya iaitu Al Quran, Hadith, Qias dan Ijmak, iaitu golongan Ulamak sesuai dengan sifatnya yang professional dalam bidang kesarjanaan Islam.

6. Golongan professional selain daripada bidang kesarjanaan Islam seperti bidang sosial, ekonomi, undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan pelbagai lagi mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sangat besar dalam berganding bahu dengan professional bidang agama atau Ulamak mengikut keperluannya masing-masing

7. Bersetuju untuk membentuk gabungan NGO professional yang menggabung-jalinkan pelbagai bidang professional, daripada kejuruteraan dan undang-undang sehinggalah ke kesarjanaan Islam.


Ir Prof Dr Hairul Azhar Abdul Rashid
Pengarah
Kongres Profesional Muslim SeMalaysia
18 April 2015

0 comments: