TADABBUR QUR'ANI HARAKI


Surah Al Taghabun : 7- 9


(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)

Ayat 7:

(زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ ۚ وَذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Orang-orang yang kafir mengatakan bahwa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: "Memang, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Ayat 8:
(فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْزَلْنَا ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ)
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quran) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Ayat 9:
(يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ) 
(Ingatlah) hari (dimana) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan, itulah hari dinampakkan kesalahan-kesalahan.

 
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan beramal saleh, niscaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar.



IBRAH wa IZZOH :

1. Penolakan orang Kafir untuk percaya dan yakin dengan adanya hari kiamat adalah kerana mereka hanyalah bersangka sahaja - tidak ada hari kiamat ! Bahkan ITU adàlàh andaian kosong semata.


2. Tidakkah mereka lupa bahawa kehidupan dan penciptaan segala yang ada di langit dan bumi juga tidak terjangkau dek aqal manusia?

3. Hakikat kehidupan bermula dengan 'tiada' kepada 'ada' kemudian tidak mustahil ia kembali menjadi 'ada'. Itulah petunjuk Allah agar manusia menyedari kealpaan diri untuk terus tunduk kepada keagungan dan kebesaranNya. Segala apa yg DIA tentukan tiada sedikitpun campurtangan makhluk- makhlukNya. Bahkan semuanya akan dimatikan pada hari kiamat kelak.

4. Ayat 8 menyeru manusia beriman kepada Allah SWT, Rasul utusan Nya, dan juga 'Cahaya' yang diturunkanNya iaitu Al Quran Al Karem. 

Sifat Allah yg Maha 'Khabir' meletakkan kedudukan Pencipta yg Maha mengetahui APA jua perkara siir Dan jahar, Tanpa sedikit pun dapat disembunyikan dari pengetahuanNya.


5. Hari ITU adalah hari yang maha dahsyat lagi mengerunkan kerana semua makhluk ciptaanNya akan dibangkitkan dan dibawa ke muka pengadilan Yang Maha Adil lagi Hakim. 

Hari itu pasti akan dinampakkan segala kesalahan manusia, barulah manusia merasa kerugian besar kerana ingkar lagi mendustai Ajaran yg dibawa oleh sekelian para Rasul.


Beruntunglah bagi golongan yang beriman serta beramal soleh. Manakala kerugian besar akan dirasai oleh golongan kufur lagi ingkar dengan segala petunjuk dari 'AL NUR'.

Al faqiràh ila. Rabbiha,
Dr Nadzirah Mohd
12 Mac 2015


0 comments: