Keputusan yang bijak. Saya ucap tahniah kepada DPP Penang yang diketuai oleh Ust Yusni Mat Piah juga tahniah kepada Ust Khalil Abdul Hadi selaku Timbalan Ketua DPP Malaysia dan Ir Khairil Nizam selaku Naib Ketua DPP Malaysia kerana berjaya mengharmonikan keadaan.
Saya kira ini satu langkah terbaik dan sikap yang jujur. Mengambil keputusan untuk kepentingan semua bukan hanya untuk kepuasan sendiri. Mereka tegas namun masih boleh bertoleransi apabila melibat perkara yang wajar dan betul.
Apa pun tahniah sekali lagi dari saya. Kita fokus untuk mengalahkan UMNO dan BN di Permatang Pauh dan juga di Rompin. Selamat Berjuang
Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat
0 comments: