TIPS RUMAH TANGGA AHLI PAS OLEH USTAZ IDRIS AHMAD


TIPS RUMAH TANGGA AHLI PAS.
Oleh : Ust Idris Ahmad.


1. Berusaha untuk menjadi ketua keluarga yang baik di dalam rumah dengan menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak isteri.

2. Binalah RUMAH TANGGA DAKWAH dengan baik dengan anak isteri, supaya dapat menunjukkan ini adalah DAULAH ISLAMIAH yang kecil.

3. Bawa balik PERJUANGAN PAS ke rumah. Biar anak isteri kita juga memahami betapa pahit manisnya perjuangan. Kegagalan membawa balik perjuangan ke dalam rumah akan mengundang bahaya kepada perjuangan. Paling bimbang sekali mereka akan memusuhi perjuangan PAS kerana mereka tidak faham.

4. Terangkan inilah KEMANISAN dalam PERJUANGAN dan bahagianya berjuang.

5. Berpesan kepada anak-anak supaya mereka wajib meneruskan kerja bapa & ibu jika kita sudah menemui Allah. Semoga bekalan ini akan menjadi bekalan yang cukup berharga kepada kita ketika bertemu dengan Allah SWT.

6. Kena berazam agar titisan zuriat kita tidak ada yang menentang perjuangan PAS pada masa akan datang.

7. Memberi peringatan kepada anak-anak tidak ada ertinya jika mereka mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi tidak menyumbang apa-apa SAHAM kepada perjuangan ISLAM diatas muka bumi ini.

8. Kita mesti merasa bangga jika yang menggerakkan PAS di kampung kita adalah dari kalangan anak cucu kita. Semoga ia menjadi AMAL JARIAH untuk kita.

9. Bawa anak-anak & suruh mereka ke program PAS supaya mereka memahami perjuangan PAS daripada dekat.

10. Kenalkan mereka dengan ULAMA' & PIMPINAN PAS supaya mereka merasakan mereka adalah mata rantai perjuangan dalam perjuangan.

11. Tanamkan sifat keberanian untuk berjuang, bahawa rezeki daripada Allah SWT bukan daripada manusia.

12. Jangan tanamkan perasaan takut kepada anak-anak untuk berjuang kononnya nanti tidak dapat kerja & rezeki terhimpit. Sedangkan realiti kita melihat ramai anak-anak aktivis PAS Allah SWT memberi kejayaan dalam pelajaran & hidup. Ini semua hasil keberkatan kita menolong agama Allah SWT. Jangan pula kita tidak yakin, sedangkan ayah kita dahulu yakin tentang janji Allah ketika memberi semangat kepada kita untuk berjuang.

KESIMPULAN : Sempurnakan agama dengan perkahwinan. Menyempurnakannya adalah dengan bersama-sama perjuangan Islam & jemaah Islam. Meninggikan agama Allah SWT adalah kewajipan kepada umat Islam, bermula dengan institusi rumah tangga Muslim.

Allahua'lam.

0 comments: