Itulah gelarannya dikalangan rakan-rakan dan mereka yang hampir dengannya, dia adalah Ustaz Nazri Ahmad calon PRK Rompin. Beliau adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang dan juga Yang Dipertua PAS Rompin yang baru sahaja dilantik pada mesyuarat Agung baru baru ni.
Pemuda berwajah lembut dan tenang, sangat berhati dalam menutur kata-kata dan sentiasa lembut perkataannya juga sentiasa tersenyum, insan bertubuh kecil ini sentiasa disenangi oleh rakan-rakan dan taulan, saya juga sangat senang bersahabat dengannya.
Diperingkat awal pengenalan dengannya sejak hampir 15 tahun yang lalu, ketika saya masih diusia pemuda, sebelum saya mengenali beliau, dari kejauhan saya telah mendengar cerita tentangnya yang hebat dan Istiqamah dalam menuntut Ilmu dan begitu konsisten bersama PAS meskipun diusia muda.
Beliau adalah seorang Huffaz, menamatkan hafalannya ketika berada diSyria, sebelum itu beliau menuntut di Ma'had Darul Qur'an diRusila, Marang kemudian beliau menyambung pengajian diSyria dan seterusnya diUniversiti Al Azhar, Mesir, sehinggalah beliau pulang sehingga kini tidak henti-henti menyebarkan ilmu pada masyarakat.
Komitmen beliau terhadap jamaah dan mendidik masyarakat menjadikan beliau menolak sebarang tawaran untuk menjawat sebarang jawatan meskipun sangat berkelayakan, namun beliau pernah juga terlibat sebagai tenaga pengajar di MRSM, namun tidak menyambung perkhidmatannya kerana ingin konsisten dalam jamaah.
Sebagai apa yang disebut oleh Sayyidina Umar Al Khattab "jika ingin mengenali seseorang, bermusafirlah dengannya", saya sempat bermusafir dengannya beberapa kali, pernah berhari-hari kami bermusafir keKemboja, perjalanan musafir kami menjadikan saya cukup mengenalinya, seorang yang sangat layak untuk dijadikan sahabat ketika senang dan susah.
Ust Li Tanjung Lumpur.
Kredit : Ustaz Rosli Abdul Jabar
0 comments: