GAMIS KECAM UIAM





GAMIS mengecam tindakan UIAM ini, setelah Muna Adilah dikenakan hukuman 40 jam khidmat masyarakat dan denda RM200, kini Mujahid pula menjadi mangsa ketololan pihak pentadbiran UIAM, dengan 60 jam khidmat masyarakat dan RM200 denda.


GAMIS tidak pernah reda dengan hukuman kerana pertuduhan yang dikenakan merupakan satu tuduhan yang tiada asas. Bermula dari pertuduhan sehingga hukuman, bagi GAMIS ini satu penindasan dan kezaliman terhadap mahasiswa.


Sampai bila pihak Universiti mahu bertindak bodoh dan buas seperti ini? Penyelinap-penyelinap dari luar yang masuk dalam pentadbiran Universiti telah memalukan Universiti dan menjatuhkan martabat universiti menjadi seperti sampah.


Sedari itu, mahasiswa bangkit mahu membebaskan universiti dari penyelinap-penyelinap politik ini, agar universiti tidak lagi dimalukan. Namun, ini balasan yang diberikan. Kita tidak reda, dan perlawanan ini akan diteruskan.


Ahmad Fahmi Mokhtar
Timbalan Presiden
GAMIS

0 comments: