Diterbitkan: 26 Mei 2015
Ditulis oleh Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata isu-isu serantau yang ditangani dengan baik akan memberi kesan positif ke atas ekonomi negara ini.
Ahli Parlimen Marang itu juga mengaitkan isu pelarian Rohingya dengan isu pelarian Vietnam pada tahun 1970-an.
Katanya, isu pelarian Rohingnya bukan kerana agama semata-mata sebaliknya melibatkan kemanusiaan.
Menurut beliau, sikap prihatin yang ditunjukkan Malaysia dalam membantu pelarian Vietnam ketika itu membantu hubungan baik antara kedua-dua negara.

"Kita pernah menangani isu pendatang Vietnam dalam tahun 70-an yang banyak melanda Pantai Timur.
"Walaupun penduduk Pantai Timur adalah penganut agama Islam, kita boleh menerima pendatang Vietnam yang bukan Islam kerana roh Islam yang masih ada dalam jiwa orang Islam.
"Ini memberi kesan yang baik antara Malaysia dan Vietnam. Kita lihat nelayan kita yang masuk perairan Vietnam tidak dirompak tetapi dibantu," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, beliau menegaskan, penggunaan bahasa kebangsaan dalam penyebaran ilmu akan lebih cepat melahirkan ilmuan di negara ini.
Tanpa menafikan kepentingan bahasa asing yang digunakan untuk menimba ilmu dari negara asing yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, beliau berkata ilmu itu harus diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan.
"Menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa kebangsaan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuan dalam pelbagai lapangan dalam negara.
"Bergantung kepada negara asing selamanya dalam pendidikan yang ada pada hari ini dengan acuan yang tidak sempurna akan terus meramaikan graduan pusat serenti berbanding daripada graduan unversiti," katanya.
Beliau berkata, negara-negara maju seperti Jepun dan Jerman masih mengekalkan bahasa ibunda mereka dalam bidang pendidikan.
"Kita melihat Jepun yang musnah dalam perang dunia kedua bangkit dengan bahasa Jepun, Korea dengan bahasa Korea, Cina dengan bahasa Cina, Jerman dengan bahasa Jerman, tamadun Islam dengan bahasa Arab tanpa dinafikan peranan bahasa asing untuk menambah ilmu," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

0 comments: