Keahlian PAS Meningkat Walau Dikritik

Diterbitkan: 18 Mei 2015
Ditulis oleh MUHAMMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR: Tiga bulan pertama 2015 menunjukkan peningkatan apabila seramai 15,807 orang telah diluluskan keahliannya.


Peningkatan ini melebihi 2014 apabila sepanjang tahun lepas hanya 19,764 orang menyertai PAS.


Penolong Setiausaha Agung PAS II, Khairul Faizi Ahmad Kamil ketika ditemuai berkata pada Mac menunjukkan kemasukan ahli yang ramai iaitu 8,778 orang.

"Januari seramai 2,573 orang dan Feb pula seramai 4,456 orang.

"Ini menunjukkan rakyat yakin dengan pendirian PAS, walaupun kita dikritik dengan pelbagai isu serta masalah ia tidak menghalang orang ramai untuk menjadi ahli," katanya kepada Harakahdaily.


Menurut beliau lagi, PAS mensasarkan keahilan seramai sejuta orang untuk tahun 2015.


"Kita kempen untuk keahlian seramai sejuta orang, ini sasaran kita untuk tahun ini.


"Walaupun keahlian kita tidak ramai seperti Umno tetapi keahlian yang kita mahukan adalah betul-betul berkualiti dalam semua aspek. Walaupun Umno ramai ahli tetapi kebanyakkan mereka menyertai kerana dipaksa


"Keahlian yang berkualiti akan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kerana mereka dapat melaksanakan tugas yang baik dalam menyampaikan matlamat PAS yang sebenar," sambung beliau lagi.


Tambah beliau lagi, peningkatan sokongan kepada PAS boleh dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin baru-baru ini. –HARAKAHDAILY 18/5/2015

0 comments: