Konsep PAS Mesti Bersama Masyarakat Majmuk


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, konsep parti itu bersama masyarakat majmuk di negara ini.

"Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak boleh bersendirian," ujarnya kepada media di lobi parlimen selepas membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa PAS pernah bersendirian di dalam kerajaan dan luar kerajaan sebelum ini tetapi peristiwa lama tidak akan berulang.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya adakah PAS bersedia untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang PAS masih bersama Pakatan," ujarnya.

Ketika ditanya cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata 'tunggu dan lihat'. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

0 comments: