Diterbitkan: 12 Mei 2015
Ditulis oleh Mohd Shahir
1. Sepertimana yang didedahkan di dalam Blog The Benchmark, Tabung Haji telah menggunakan khidmat Jones Lang Wootton (JLW) sebagai penilai hartanah dalam urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Hal ini agak aneh kerana masih terdapat ramai penilai hartanah tempatan Muslim yang berkelayakan untuk melaksanakan tugasan tersebut.
2. Bahkan, terdapat jurunilai yang mengatakan harga tanah yang dibeli Tabung Haji dengan kononnya harga diskaun itu hanyalah harga andaian dan bukannya nilai yang sebenar. Harga tanah komersial di kawasan sekitar tersebut yang belum mendapat kelulusan untuk pembangunan, harganya adalah antara RM 500-RM700/kaki manakala harga selepas mendapat kelulusan pula ialah RM 1200-RM 1500/kaki. Sedangkan harga yang dibeli oleh Tabung Haji mencecah RM 2700/kaki. Jadi, apakah asas nilai andaian yang digunakan dalam menentukan harga tersebut.?
3. Persoalan yang wajar juga diingatkan ialah 1 MDB dan Tabung Haji merupakan entiti kerajaan. Mengapa, pandangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak digunakan untuk mendapatkan penilaian bebas.? Walaupun perkhidmatan swasta dibenarkan untuk diguna, tetapi lebih baik pertimbangan dibuat setelah membandingkan hasil penilaian yang dibuat oleh penilai rasmi kerajaan dan swasta. Apatah lagi, Jabatan kerajaan pastinya akan membuat penilaian yang lebih mempertahankan entiti milik kerajaan agar wang milik rakyat tidak digunakan dengan sesuka hati oleh pihak terbabit.
4. Saya menuntut penjelasan dan ketelusan Tabung Haji untuk menjawab persoalan ini kerana TH merupakan institusi berprestij yang dimiliki ummat Islam di Malaysia. Amatlah malang apabila ia digunakan untuk kepentingan pihak tertentu.
YB Dato’ Mahfuz Omar,
Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji
Selasa, 12 Mei 2015
0 comments: