Menjawab Fitnah terhadap Tuan Guru Haji Hadi Awang.



Program sambutan Sedekad SRIBU & Perasmian bangunan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum telah berlansung pada 16 Mei 2015 dan dimana ia telah dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


SRIBU ditubuh dan dibangunkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bermula 2005 hingga sekarang.


GAMBAR TGHH, pimpinan SRIBU bersama Ustaz Hafiz Nordin yang diambil itu adalah semata-mata penyampaian cenderamata untuk mantan-mantan Ketua dan Ketua Pemuda PAS negeri yang telah memberi sumbangan dan komitmen untuk pembangunan Sekolah SRIBU sehingga mampu membeli sebidang tanah dan menyiapkan Fasa 1 pembangunan dengan berdiri megah sebuah bangunan 4 tingkat bernilai RM 2.2 juta.


Berikut adalah Ketua Pemuda PAS Penang yang dirai dan dijemput untuk menerima penghargaan tersebut yang disempurnakn oleh Presiden PAS setelah TGHH selesai menyampaikn ucapan perasmian.

✳ 2005 - 2007 Saudara Azizi Ayub
✳ 2007 - 2009 Ustaz Hafiz Nordin
✳ 2009 - 2015 Ustaz Mohd Yusni


Walaupun Ustaz Hafiz sudah tidak bersama tetapi jasa dan sumbangannya tidak boleh dipadamkan oleh sejarah. 


Kita mesti berlaku adil kepada semua sebgaimana Allah mngingatkan dalam firmanNya yang bermaksud "...Dan jgnlah disebabkn kebencian kamu kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku Adil, bersikap adillah kerana ia hampir kpd Taqwa.."  



Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Mantan KP PAS Penang.
YDP PAS Kaw Bukit Mertajam

0 comments: