PAS Setuju Ketua Pembangkang Milik PKR

Mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu lepas bersetuju untuk menyerahkan kerusi Ketua Pembangkang kepada PKR


Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


"Sabtu lepas PAS Pusat bermesyuarat dan ada membincangkan tentang kedudukan Ketua Pembangkang di Parlimen.


"Cadangan Presiden PAS itu untuk serahkan kepada parti yang mempunyai majoriti dan sudah tentu DAP.


"Namun pendirian DAP untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR, kita setuju cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, walaupun mengikut kebiasaan yang mendapat majoriti di parlimen akan memegang jawatan tersebut, namun mengikut pandangan rakan-rakan di dalam Pakatan, Tuan Guru Abdul Hadi bersetuju menyerahkan kepada Presiden PKR. – HARAKAHDAILY 11/5/2015

0 comments: