1) Desa Rahmat, Batu 33 Panyit, Machang Kelantan
- 10 unit rumah berkembar telah dibina oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi mangsa-mangsa banjir di Jajahan Machang di atas tanah kerajaan secara berkelompok.
2) 40 Unit rumah akan dan sedang dibina atas tanah milik di Kg. Batu Jong (DUN Mengkebang), Kg. Bekok (DUN Guchil) , Kg, Laloh (DUN Manik Urai) dan Dabong (DUN Dabong)
3) 18 Unit rumah di Kg. Kolam Mas, Gua Musang telah dan sedang dibina di atas tanah milik mangsa terlibat.
4) 44 Unit rumah yang dibina secara berkelompok di Cabang Tiga Lama, Kg. Pulai Gua Musang Kelantan di atas tanah kerajaan.
5) 237 Unit rumah yang sedang dan akan dibina oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di beberapa kawasan seperti 123 unit di Tanah Puteh Gua Musang, 73 unit di Limau Kasturi, 17 di Kg. Keluat Kuala Krai, 10 unit di Kota Bharu dan selebihnya di Machang dan Tumpat.
6) 60 Unit rumah sedang dibina di Simpang Tiga Manik Urai, Kuala Krai oleh Kerajaan Negeri melalui sumbangan Kerajaan Negeri Selangor di atas tanah kerajaan.
7) 160 unit akan dibina di Kg. Telekung Kuala Krai oleh NGO Negeri Kelantan di atas tanah kerajaan secara berkelompok hasil sumbangan Lembaga Zakat Selangor.
8) 10 Unit rumah sedang dibina di Jajahan Tanah Merah oleh NGO di atas tanah milik.
9) 2 Unit rumah sedang dibina di Jajahan Pasir Mas di atas tanah milik dan tanah kerajaan.
10) 4 Unit rumah akan dibina di Jajahan Tanah Merah oleh Kerajaan Negeri atas tanah milik.
11) 13 Unit akan dibina di atas tanah milik oleh Kerajaan Negeri di Machang.
12) 8 Unit akan dibina di Kota Bharu oleh Kerajaan Negeri.
13) Selebihnya turut dibantu oleh NGO-NGO dari seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut,boleh layari ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
http://www.kelantan.gov.my/…/260-pembinaan-bantuan-rumah-ke…
Berikut adalah gambar sebahagian rumah kekal yang telah siap dan sedang dibina di Desa Rahmat Machang ,Kg Batu Jong Kuala Krai dan Kg Pulai Mukim Pulai Galas Kelantan.
0 comments: