Sambutan Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 Pada 16 Mei 2015 Bakal Melakar Sejarah




Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK) ,sebuah entiti di bawah Lajnah Pendidikan PAS Pusat dengan kerjasama HESA (Pertubuhan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah ) bakal menganjurkan satu pertemuan yang akan menghimpunan dan meraikan warga pendidik di seluruh Malaysia.


Menuruk Presiden NGO PENDIDIK, Puan Normala Sudirman, tujuan program Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 ini diadakan adalah untuk membina rangkaian hubungan yang rapat antara pendidik,ustaz dan ustazah seantero Malaysia. Menurut beliau lagi, himpunan ini juga diadaakn bagi meraikan guru-guru, tokoh-tokoh pendidik dan pengurus pendidikan pelbagai institusi dari seluruh pelusuk tanahair.



"Warga pendidik lebih sinonim sebagai ‘Arkitek Pembangunan Negara’ atas jasanya membangunkan, mencorakkan dan mewarnakan halatuju pendidikan negara bagi melahirkan generasi pelapis pada masa akan datang . Natijahnya, banyak kejayaan telah diraih oleh mereka dalam usaha memajukan pencapaian akademik, kokurikulum, kepimpinan, akhlak dan multi disiplin ilmu dan peribadi yang terpuji.


“Justeru, selari dengan pengorbanan mereka itu, inisiatif bagi menghimpun dan meraikan warga pendidik dalam satu himpunan mega amat wajar diadakan sebagai refleksi ucapan terima kasih kepada insan yang amat berjasa kepada umat dalam menabur dan mencurahkan bakti mendidik modal insan di negeri ini”,katanya lagi.


Menurut Puan Normala Sudirman lagi, himpunan yang akan bakal diadakan ini akan bertemakan "Pendidik Pembentuk Keperibadian Ummah " dengan harapan agar warga pendidik,ustaz dan ustazah seluruh Malaysia terus beriltizam untuk terus berbakti dan mencurah tenaga demi memacu halatuju pendidikan negara melalui asuhan keperibadian yang tinggi demi melahirkan ummah bertaqwa.


Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 ini bakal diadakan pada hari Sabtu,bersamaan 16 Mei 2015 bertempat di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd.Noor ,Kompleks Batu 9 ,Kota Sarang Semut ,Alor Setar,Kedah .ini dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK) dengan kerjasama HESA (Pertubuhan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah ).


Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang ,Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia merangkap Presiden PAS yang akan menyampaikan pidato ucaptama seusai menerima anugerah ‘Tokoh Murobbi Ummah .


Selain daripada itu, beberapa anugerah utama sebagaipenghargaan kepada warga pendidik dari pelbagai kategori akan disampaikan sebagai menghargai jasa pendidik yang telah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat sebagai suatu suntikan semangat .


Kehadiran Adik Haikal FirdausAl- Hafiz Bin Jaafaruddin ,berusia 12 tahun yang dijemput untuk mengalunkan bacaan Ayat Suci Al- Quran dari negeri Johor Darul Takzim dan persembahan nasyid dari kumpulan Far east juga dijangka bakal mencuri tumpuan hadirin warga pendidik yang hadir. 


Tazkirah dalam slot Kalam Murobbi Ummah oleh YB Dato Hj. Mohd. Nik Amar Bin Hj. Nik Abdullah ,Timbalan Menteri Besar Kelantan ,merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat bertajuk 'Membina Ummah Yang Terdidik' juga sangat dinanti oleh guru dan 3000 orang warga pendidik yang hadir serta tetamu jemputan yang hadir dari 14 buah negeri..



"Saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih atas kesudian pihak HESA dan PAS Kedah menjadi tuan rumah dalam Himpunan Pendidik Islam Malaysia pada kali ini . Juga ucapan syabas dan tahniah kepada YB Utaz Ahmad Yahya ,selaku Pengerusi HESA kerana memiliki komitmen yang tinggi untuk bersama menjayakannya."


Sementara itu, sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan menjelang 16 Mei 2015 ,Pn.Normala Sudirman dalam perutusan Hari Guru 2015 mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Guru 2015 kepada semua warga pendidik ,ustaz,ustazah dan pesara guru yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai pesara kerajaan .


"Di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem Pendidikan Rabbani. Sudah tentunya, 'kebangkitan semangat guru untuk terus membela rakyat' yang diperjuangkan oleh para guru di seluruh Malaysia bakal melahirkan modal insan yang berbahagia hidup di dunia dan di akhirat",kata Cikgu Mala yang juga merupakan AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat.


"Sesungguhnya, guru adalah 'agen' perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai 'kemerdekaan' tanah air. Gurulah yang membentuk 'jiwa dan minda merdeka' dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu. NGO PENDIDIK ingin menyeru kepada barisan pendidik di seluruh Malaysia agar 'berani' membuat anjakan paradigma demi melihat perubahan iklim pentadbiran negara lebih terarah agar masa depan pelajar yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara tidak diperjudikan dengan sewenang-wenangnya".


"Bangkitlah wahai para guru dalam mempertahankan hak dan kebajikan yang kian diabaikan. Beranilah menyuarakan pendapat melalui 'lisan dan mata pena' demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki halatuju yang jelas. Mantapkanlah jati diri selaku pendidik dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan spiritual demi menghadapi cabaran pendidikan semasa dalam era globalisasi." tegasnya lagi


Guru Pembentuk keperibadian Ummah !

0 comments: