
02. Kesannya, masa anak-anak mereka lebih banyak bersama dengan guru-guru samada di sekolah, kelas tambahan, tuisyen peribadi mahupun kelas Fardhu Ain (KAFA).
03. Tugasan ini pastinya menuntut kualiti pengisian dari guru-guru baik dari sudut tauladan peribadi, kemahiran bersosial, serta kompetensi profesional dalam menguruskan pendidikan zaman globalisasi kini.
04. Menyedari peranan guru-guru sebagai "ibu-bapa" kedua mutakhir ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meraikan tokoh ilmuan, para asatizah dan guru-guru di dalam majlis "Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0" bertempat di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah hari ini.
05. Himpunan ini menyaksikan pelancaran tema Hari Guru 2015 bagi PAS dengan slogan : "Pendidik Pembentuk Keperibadian Ummah" oleh Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga turut diiktiraf sebagai Tokoh Murabbi Ummah Sedunia.
06. Tema Hari Guru PAS kali ini memberi penekanan kepada warga pendidik sebagai tunjang kepada asuhan keperibadian cemerlang kerana terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa sikap dan akhlak pelajar-pelajar adalah asas kepada keberjayaan kokurikulum dan bukannya standart nilaian kejayaan di atas kertas peperiksaan semata-mata.
07. Menurut Portal "Educational Management Information System (EMIS) ", terdapat hampir 419, 820 orang guru-guru di Malaysia secara lansung berperanan dalam mengupayakan potensi pelajar-pelajar secara holistik dan dalam masa yang sama perlu berhadapan dengan kemerosotan disiplin pelajar-pelajar zaman kini.
08. Peningkatan hampir 50% kes disiplin pelajar-pelajar sekolah dalam statistik Indeks Jenayah Juvana setiap tahun, adalah suatu kebimbangan besar bagi kita semua sebagaimana yang dilaporkan oleh Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
09. Saya yakin bahawa kita semua sedih dan kecewa dengan kejadian jenayah yang menimpa Almarhum anakanda Mohammad Nor Akram Zime, 16 tahun baru-baru ini. Realiti masalah disiplin Juvana ini menjadi cabaran yang perlu digalas oleh guru-guru dalam melunaskan tanggungjawab "menyempurnakan akhlak" pelajar-pelajar mutakhir ini.
10. Oleh itu, bagi menjayakan tema tahunan Hari Guru tahun ini, suka saya mengajak dan menyeru kepada semua guru-guru di Malaysia agar mempraktikkan dua asas instrumen cara didikan Rasulullah SAW iaitu ; mensucikan ( ويزكيهم ) dan mengajarkan ( ويعلمهم ).
11. Elemen mensucikan sangat berkait rapat dengan kebaikan dalam diri pelajar yang diterjemahkan dalam bentuk akhlak yang baik. Sementara cerminan akhlak ini diajar oleh keperibadian guru-guru mereka sendiri. Benarlah kata-kata orang : "Bagaimana guru, begitulah pelajarnya".
12. Dengan itu, saya mewakili keseluruhan Saff Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), menyeru semua guru-guru di Malaysia agar terus menjadi ispirasi, tauladan (qudwah) dan alternatif kepada kecemerlangan peribadi holistik kepada pelajar-pelajar harapan negara kita cintai ini.
Selamat Hari Guru,
Jasamu tetap dikenang,
Terima kasih Cikgu!
Wallahu'alam,
Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh,
Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP)
16 Mei 2015,
27 Rejab 1436 H.
0 comments: