KOTA BHARU: “Walaupun kita tahu DAP tidak bersetuju pelaksanaan perundangan hudud di Kelantan, tidak elok pemimpinnya bercakap secara terbuka di hadapan rakyat di negeri ini.
“Tidak patut Lim Kit Siang bertindak sedemikian, dahulu beliau bersuara di luar tetapi sekarang di Kelantan,” kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Kata beliau Penasihat DAP itu sepatutnya menghormati kerajaan negeri, yang kini berusaha membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen, bagi membolehkan perundangan tersebut dilaksanakan.

Oleh itu beliau berharap PAS Kota Bharu sebagai penganjur program tersebut memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
Baru-baru ini ketika berceramah perdana di Padang Perdana Lim Kit Siang memberitahu semasa lawatannya ke Jordan dan Mesir, negara tersebut didapati tidak melaksanakan perundangan Islam.
Bagaimanapun kenyataan itu menimbulkan polemik dan tidak disenangi banyak pihak memandangkan Kelantan sedang berusaha untuk melaksanakan perundangan berkenaan.
Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac lepas meluluskan pindaan
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 selepas mendapat sokongan kesemua 44 Adun.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata tidak wajar pemimpin DAP terbabit bercakap dalam konteks berbeza di hadapan rakyat Kelantan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan agak 'tidak manis' menjemput Kit Siang yang lantang mengkritik pelaksanaan hudud dalam ceramah di Kelantan.
“Bukan sekarang, sejak dahulu pun beliau sering datang ketika zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz, tetapi kini isunya berbeza,” katanya.

Tujuan ceramah kukuh Pakatan Rakyat
Dalam pada itu, PAS Kota Bharu menjelaskan penganjuran ceramah perdana membabitkan kehadiran pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat malam 10 Mei lepas sebagai usaha memperkukuhkan gabungan tersebut.
Yang Dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata tema ceramah itu ‘Kukuhkan Pakatan Rakyat, Hancurkan Barisan Nasional’ bagi menterjemahkan keputusan muktamar PAS di Ipoh pada 2008.
Malah katanya, Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering kali menyebut jangan letak dua kaki dalam dua perahu.
“Rakyat Kelantan tidak mahu gabungan yang diasas selepas pilihan raya umum 2008 pecah sehingga ramai yang hadir mendengar ceramah perdana tersebut,” katanya di sini.
Ceramah perdana terbabit membariskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Wan Abdul Rahim juga berkata beliau menggunakan peluang kehadiran pemimpin DAP dan PKR pada ceramah tersebut bagi merakamkan ucapan terima kasih kerana turut membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Katanya, DAP membelanjakan lebih RM1 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir termasuk membina rumah kekal di Kuala Krai dan Gua Musang.
“Banjir secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan di antara Pakatan Rakyat. Mereka datang menghulur bantuan.
“Begitu juga kerajaan Selangor dan Pulau Pinang memberi bantuan yang tidak sedikit kepada mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya apa yang diucap Kit Siang pada ceramah tersebut hanya sekadar mengulangi pendirian parti itu yang tidak bersetuju terhadap pelaksanaan hudud.
“Kita pun memang tidak bersetuju dengan apa yang disebut Kit Siang pada ceramah tersebut. Namun ia tidak mengejutkan kerana pendirian sebelum ini bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu-isu tertentu,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/5/2015

0 comments: