Ahli-ahli PAS adalah diingatkan agar tidak hanya menumpukan
perhatian kepada program-program dalaman sahaja.
Walaupun program-program pembinaan dan pengukuhan ahli
teramat penting tetapi jangan pula rakyat dilupakan.
Program-program yang khusus untuk rakyat perlu sentiasa
dianjurkan. Atau program-program yang inklusif yang membolehkan masyarakat
turut bersama.
Mereka tidak seharusnya "syok sendiri" jika
program-program dihadiri oleh begitu ramai ahli tetapi kurang mendapat
perhatian daripada masyarakat.
Ahli-ahli mesti "terjun" ke dalam masyarakat.
Merasai keperitan yang dilalui mereka. Memahami hasrat dan keperluan mereka.
Tidak hanya sekadar menganjurkan program-program"touch
and go" yang semata-mata bertujuan untuk mendapat "political
mileage".
PAS adalah juga parti dakwah. Dakwah bukan hanya kepada
ahli-ahli tetapi kepada seluruh rakyat.
Islam adalah rahmat untuk semua. PAS juga mesti menjadi
rahmat untuk semua.
Bukan sahaja untuk orang PAS dan orang Islam tetapi untuk
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Terutamanya di dalam bulan Ramadhan di mana rahmat Islam
mesti dirasai oleh semua.
Sesuai dengan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan
keberkatan dan rahmat.
Oleh itu, PAS mesti menjadi parti inklusif bukan parti
eksklusif. Ia mesti memberi peluang kepada semua untuk beperanan.
Mengambil kira pandangan semua dan bukan pandangan ahli-ahli
dan kelompok tertentu sahaja.
Tidak hanya terpesona dengan pujian-pujian tetapi
mengiktiraf realiti suasana politik masakini.
Berusaha untuk menangani semua cabaran agar PAS terus unggul
di dalam persada politik tanah air.
Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
30 Jun 2015
0 comments: