DUNGUN
– Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) negeri Terengganu
Naraza Muda melahirkan rasa terkejut dan dukacita kerana Projek Perumahan
Generasi Baharu Felda ( PBGF) telah dihentikan.
Beliau
menyifatkan tindakan Felda itu merupakan malang yang berganda kepada generasi
kedua Peneroka Felda khususnya di negeri Terengganu.
“Saya
kira ini sesuatu yang amat malang bagi kami di Terengganu, jika dihentikan kami
tidak tahu bila golongan generasi di kedua ini akan memiliki rumah sendiri.
“Sehingga
hari ini tiada sebuah pun PGBF ini dibina di sini. Setahu saya hanya satu
projek PGBF ini diluluskan di Terengganu dan sepatutnya projek ini siap dalam
tahun ini malangnya projek ini hanya tinggal tapak sahaja di Felda Chalok
Barat, Setiu.
“Mungkin
mereka nak tunggu musim piliharaya baru projek ini diteruskan semula”. Ujarnya
Beliau
berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa
Abdul Samad yang mengesahkan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PBGF)
dihentikan sementara.
Naraza
turut menyatakan kekecewaan terhadap pihak Kerajaan negeri Terengganu kerana
tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesikan perkara ini.
Menurutnya
lagi, dua lagi projek perumahan untuk generasi kedua Felda ini bagai menjadi
umpan pilihanraya antaranya di Felda Bukit Bading, projek ini telah dirasmikan
pecah tanah oleh YAB Menteri Besar Terengganu beberapa tahun lalu dan sehingga
kini hanya semak samun mengantikan rumah.
Projek
sentuhan kasih di bawah Felda juga terbengkalai di Felda Tenang, Hulu Besut
juga dirasmikan pecah tanah sebelum PRU13 yang lalu.
Terengganu
mempunyai 21 tanah rancangan Felda yang terletak dibeberapa daerah Felda Chalok
Rahmat antara yang terawal dibuka seawal tahun 60an dan yang terakhir dibuka
Felda Selasih yang terletak di Daerah Setiu.
Sebelum
ini Felda menyasarkan untuk membina 20,000 rumah generasi baharu peneroka di
seluruh negara dalam tempoh lima dengan kos RM1.4 billion .
Tan Sri
Isa dilaporkan berkata, skim perumahan bagi generasi baharu dihentikan seketika
bagi membolehkan Felda menguruskan beberapa perkara terutama mengenai pinjaman
dan sistem pembelian rumah.
“kita
mahu tentukan generasi baharu Felda yang layak memiliki rumah mempunyai
institusi kewangan yang boleh memberi pinjaman,
“kita
juga akan menentukan pembelian sama ada secara sewa beli atau sebagainya. Cara
ini akan dikaji dalam tempoh sebulan dua ini dan Felda akan membuat keputusan
sebelum projek diteruskan” ujarnya dalam laporan yang diterbitkan majalah Felda
Aspirasi Glokal keluaran 30 Mei 2015.
0 comments: