KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Haji Shuhaimi Mokhtar meninggal dunia pada tengahari Ahad, 14hb Jun, 2015. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Presiden sebaik bersara pada tahun 2000 itu meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.
Suhaimi yang juga bekas timbalan ketua pengarang kumpulan Utusan Malayu pernah dilantik sebagai ketua pengarang Harakah pada tahun 2004
Empat orang lagi anak Suhaimi sudah meninggal dunia lebih awal. Jenazah Suhaimi selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Asar semalam.
Satu kehilangan yang besar kepada dunia media dan kewartawanan. Presden dan kepimpinan PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan mendoakan semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan berjuang dijalan-Nya. Al-Fatihah.
– 14 Jun, 2015.
0 comments: