BIBIT-BIBIT AWAL KRISIS KEWANGAN


Pertengahan 1997, berlaku krisis kewangan Asia. Kerajaan boleh senaraikan bebagai punca utama krisis ini berlaku. Namun, lebih penting adalah melihat kesilapan sendiri. Antara dua punca utama krisis ini adalah amalan kronism serta salahlaku pemimpin dan kehilangan daya saing eksport.

Baru-baru ini, ketika hangat isu 1MDB, rakyat marhaen masih kabur kerana isu tersebut hanya berlegar-legar sekitar pemimpin negara, mantan pemimpin dan golongan profesional. Ini kerana isu tersebut melibatkan pinjaman lebih 40 bilion yang kononnya tidak menggugat kehidupan seharian rakyat kebanyakan.

Namun tidak lagi sekarang, di mana kita menyaksikan satu signal baru untuk marhaen. Hari ini, kita sedia maklum ringgit terus menjunam ke paras menghampiri sejarah regim Tun Dr Mahathir yang mengikat ringgit ke RM 3.80 berbanding Dolar Amerika. Antara punca yang menyebabkan ini berlaku adalah kerana hutang 1MDB yang tidak masuk akal nilainya. Hutang dalam dan luar negara ini menyebabkan pelabur menjauhkan diri dari Malaysia. Ini diperakui sendiri oleh mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan harga barang tidak mustahil akan meningkat dalam sedikit masa lagi. Jika satu tahun yang lalu, 1 Dolar Amerika bersamaan RM 3.20, kini nilai ringgit menghampiri RM3.80 berbanding Dolar Amerika. Peningkatan sehingga 20 %. Sekiranya diambil kira barangan yang diimport dari Amerika Syarikat, bersama dengan GST yang diperkenalkan Kerajaan Barisan Nasional, harga barang berkemungkinan akan meningkat sehingga 25% pada masa terdekat.

Lebih membimbangkan, Ringgit Malaysia juga turun nilainya jika dibanding dengan hampir keseluruh matawang di dunia. Rakyat Malaysia sudah tentu terjejas kerana negara masih lagi berharap kepada barangan keperluan yang import.


Daya Saing Eksport.


Dengan bencana kejatuhan harga minyak mentah hujung tahun 2014 dan kesan kenaikan mendadak nilai Dolar Amerika (US Dollar Bull Run) yang baru sahaja tamat, daya saing eksport negara dijangkakan bakal mengalami masalah. Hal ini pernah berlaku pada tahun 1997. Kenaikan Dolar Amerika bersekali dengan penurunan nilai matawang China menyebabkan kurang daya saing eksport di Asia. Sudah tentu Malaysia tidak terlepas dari perkara ini.

Tindakan kerajaan dalam menyelia isu 1MDB menambah parah yang ada pada nilai ringgit Malaysia. Pelabur semakin tidak yakin dengan ekonomi negara dimana berkemungkinan menghampiri kegagalan dalam pembayaran semula hutang-hutang yang ada. Keadaan bertambah buruk apabila Arab Saudi membuka peluang pelaburan yang lebih menarik dan sekaligus menyebabkan pelabur semakin menjauhi Malaysia yang bertongkatkan hasil minyak mentah.

Kejatuhan nilai ringgit ini bukan satu perkara yang boleh diambil mudah. Sebelum ini Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pernah menyatakan kebimbangan hal ini awal bulan lalu. Kejatuhan ringgit akan menyebabkan kegagalan kerajaan dalam mencapai target bagi perancangan bajet 2015.

Gesaan Dewan Pemuda PAS

Dalam menyelesaikan masalah ekonomi, kerajaan perlu kembali kepada asas-asas kenegaraan islam. Krisis bukan jarang berlaku, bahkan ianya berulang dan Ulama silam sudah menunjukkan jalan penyelesaian. Ulama dahulu mencadangkan agar kerajaan bekorban sebelum harta rakyat dikerah. Ini dapat diperhatikan dalam kisah Imam Nawawi sewaktu negara diancam tentera Tartar. Bahkan sikap Saidina Umar juga boleh mengajar. Beliau begitu cermat dalam penggunaan harta negara.

Ini sangat berbeza dengan kepimpinan di negara ini. Pemimpin bermewah dengan harta kerajaan. Penggunaan asset negara untuk kepentingan peribadi tidak dilihat sebagai satu kesalahan.

Jika pemimpin negara tidak mahu mengambil ulama terdahulu sebagai contoh, ambillah Presiden Perancis sebagai contoh. Beliau membayar semula nilai penggunaan kapal terbang yang mana anak beliau ikut bersama dalam trip kerajaan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia MENGINGATKAN, kutipan GST selama 2 bulan pertama yang kononnya mencecah angka billion ringgit wajib diguna sebaik mungkin dalam mengurus hutang negara yang terlalu tinggi. Jangan sesekali kutipan ini tiris dan disalahguna untuk memuaskan nafsu peribadi dan keluarga pemimpin. Rakyat sedang bergelut untuk sesuap nasi, dan negara berada di bibit awal krisis ekonomi.


Disediakan oleh:
NURUL IMAN
Lajnah Penerangan dan Media Baru
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Rujukan :
👉

👉

👉

👉

======================
 LiKe & SHaRe PaGe Facebook RASMI :
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 DPP Malaysia [Official]

======================

0 comments: