Dan Kelebihan Allah Untuk Kamu Adalah Sungguh Besar


Di antara kelebihan Allah (FadhluLlah) untuk PAS ialah berterusannya proses penapisan. Daripada peringkat bawah di cawangan-cawangan PAS di merata pelusuk negeri sehinggalah di peringkat tertinggi PAS daripada kalangan barisan pimpinan utama.


Ia bukan sekadar menapis yang buruk daripada yang baik, bahkan yang tidak sesuai daripada yang sesuai untuk jamaah. Begitulah Allah menjaga PAS sebagai jamaah yang dipilih untuk menjaga ugama dan umatnya.


Maka bersyukurlah kerana hati kita dilapangkan oleh Allah untuk bersama menyokong dan mendukung PAS semasa susah dan senangnya. 


Selepas mengenal kelebihan Allah untuk PAS, maka tuntutlah kelebihan Allah untuk kita, iaitu Allah memilih kita untuk menjadi tentera kepada jamaah Islam yang berjuang demi ugamaNya.


Jangan kata, "Saya telah berpuluh tahun berjuang untuk PAS." Tetapi katalah, "PAS telah berpuluh tahun menjaga dan memilih saya berjuang untuknya."


'Beristiqamah Hingga Kemenangan'.


Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas

0 comments: