Fakta Jenayah Mewajarkan Undang-Undang Tuhan Dilaksanakan


Dalam soalan jawab lisan saya ke Parlimen untuk sesi ini saya memohon statistik jenayah keganasan dan jenayah harta benda bagi tahun 2011 hingga 2015 mengikut negeri.

Jawapan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk Terengganu sahaja antara 2011 sehingga Mac 2015 ialah

1. Curi 2525 kes

2. Curi Motokar 1076 kes

3. Curi Motosikal 6885 kes

4. Curi Van/Lori 152 kes

5. Curi Ragut 180 kes

6. Pecah Rumah 2222 kes

Total jenayah harta benda untuk 4 tahun 3 bulan ialah 13040 kes.


Tidakkah ia menggambarkan betapa negara memerlukan undang-undang jenayah Islam yang keras menghukum para penjenayah bagi mengekang masalah jenayah yang mengganggu ketenteraman masyarakat dan keselamatan harta benda ini?

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1 Ramadhan 1436 Hijrah

0 comments: