1) Pada 29 Jun 2015 ini, Pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) akan mendakwa 13 orang mahasiswa pada 29 Jun 2015 atas kesalahan
menyertai perhimpunan aman yang menuntut pihak pentadbiran UKM menyelesaikan
masalah air yang berlarutan di UKM.
2) Perhimpunan aman ini diadakan setelah mahasiswa UKM mengambil
beberapa inisiatif dan perbincangan bersama pihak pentadbiran tetapi tidak
berhasil. Dibawah merupakan kronologi isu air di
UKM:
- Pada
16 Mac 2015, PMUKM telah berjumpa dengan pihak SYABAS dan berjumpa dengan SPAN
pada 17 Mac 2015. Mereka telah memberi beberapa penyelesaian kepada pihak
pentadbiran UKM.
- Pada 25 Mac 2015, PMUKM dan
gerakan MATA mengambil inisiatif mengadakan forum kebajikan masalah air &
wifi setelah mahasiswa berhadapan dengan masalah air sejak 10 tahun lalu.
- Pada 27 Mac 2015 satu
himpunan MATA telah diadakan di hadapan bangunan canselori UKM dengan kehadiran
lebih kurang 50 org mahasiswa.
- Pada 9 April 2015 pihak UKM telah mengeluarkn notis tunjuk sebab kepada 15
orang mahasiswa kerana menyertai himpunan dan forum tersebut yang akhirnya
membawa kepada surat pertuduhan tindakan tatatertib yang dikeluarkan pada 15
Jun 2015 terhadap 13 orang mahasiswa.
3) Air merupakan salah satu
hak asasi manusia yang sangat penting. Tuntutan hak asasi manusia ini telah
dilakukan oleh PMUKM melalui MATA. Namun UKM tetap juga angkuh dan sombong,
dengan tuntutan ini, malah mahasiswa yang memperjuangkan hak dipanggil untuk
didakwa dalam mahkamah universiti.
4). Yang sepatutnya, UKM
berterima kasih terhadap mahasiswa terlibat atas keperihatinan mereka
menggerakkan isu yang cukup penting. Tidak ada kepentingan yang saya boleh
fikirkan melainkan kepentingan buat seluruh warga UKM mendapatkan suatu
keperluan asas, iaitu air.
5). Cukup menjelikkan
apabila isu sebeginipun dipolitikkan oleh pihak universiti. Nyata sekali
keangkuhan HEPA UKM apabila tiada penyelesaian serius dibuat terhadap masalah
air universiti, tetapi sibuk mengambil tindakan kepada mahasiswa yang cuba
bersuara. Tertanya, apakah peranan HEPA sebenarnya?
6) Perkara ini sangat
memalukan dan merendahkan martabat sebuah institusi pengajian tinggi. GAMIS
tidak akan berkompromi dengan layanan sebegini terhadap mahasiswa.
7). Justeru GAMIS akan
berjumpa dengan pihak HEPA UKM pada hari jumaat ini bagi menyerahkan surat
bantahan terhadap tuduhan ke atas 13 mahasiswa UKM. GAMIS juga akan mengadakan
himpunan serta sidang media bersama front mahasiswa lain di hadapan Canselori
UKM selepas selesai solat Jumaat.
Seluruh mahasiswa yang
cintakan keadilan dijemput hadir bersolidariti.
Mohd Imran bin Md Ishak
Presiden GAMIS
0 comments: