I'MALUU : Teruslah Bekerja Untuk Islam

Diterbitkan: 24 Jun 2015
Ditulis oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi



Waspada perancangan musuh Islam yang sentiasa mahu memecahbelahkan saf Gerakan Islam PAS. Dari dulu sehingga sekarang kita dengar bermacam-macam istilah yang digunakan untuk membantutkan perjuangan Islam. Kita pernah dengar istilah golongan pondok vs golongan universiti, kemudian geng ketayap vs geng songkok, kemudian golongan ulama vs golongan profesional dan aktivis, kemudian golongan kolot vs golongan moderat sekarang timbul pula istilah baru golongan konservatif vs golongan progresif.
Tidak ada kumpulan-kumpulan seperti ini di dalam saf Gerakan Islam PAS; yang ada hanyalah para amilin samaada dari kalangan pondok atau universiti, ulama, profesional atau aktivis, kaya atau miskin, muda atau tua. Inilah rahsia kekuatan PAS sehingga ianya mampu bertahan sehingga ke hari ini. Para amilin ini yang ditarbiyah untuk berintima' di dalam PAS dan bekerja dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
7 Ramadhan 1436H / 24 Jun 2015 M
Rabu

0 comments: