Info Isu Semasa. Siri 01
Kejatuhan Nilai Mata Wang
Oleh : Nasrudin Hassan
AJK PAS Pusat.
1. Isu kejatuhan nilai mata wang ringgit semakin membimbangkan. Pada 9 Jun yang lalu, nilai ringgit jatuh ke paras RM3.75 sedollar, suatu paras yang rendah dalam tempoh 9 tahun ini. Menurut Thomson Reuters data, ia adalah kadar terendah sejak Januari 2006.
2. Para penganalisis ekonomi mengutarakan faktor kejatuhan nilai ringgit ini adalah disebabkan data pekerjaan di US yang semakin mengukuh yang telah membawa kepada peningkatan kadar faedah oleh Rezab Persekutuan.
3. Manakala Laporan The Star bertarikh 9 Jun pula menyebut pengaliran wang ke luar dalam jumlah yang tinggi disebabkan hutang dan sebagainya memberi kesan kepada kejatuhan nilai ringgit.
4. Besar kemungkinannya juga, kenaikan kadar inflasi domestic disebabkan perlaksanaan cukai GST dan peningkatan harga petrol sebagai faktor penting yang juga menjurus kepada kejatuhan nilai mata wang.
0 comments: