KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
MOHD FARKHAN MD ZAIN
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
12 Ramadhan 1436 | 29 Jun 2015
“ISU KOD PEMAKAIAN : MENGAPA SALAHKAN ISLAM?”
______________________________________________________________________
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar kenyataan pihak-pihak tertentu yang cuba mengaitkan isu kod pemakaian di premis kerajaan dengan gambaran salah terhadap prinsip Islam. Kenyataan tersebut dianggap menyimpang daripada realiti isu sebenar yang telah berlaku beberapa hari lalu.
DPPWP merujuk isu ini daripada laporan portal berita The Star, 29 Jun 2015 yang bertajuk, “Make Clear What is Acceptable to be Worn at Govt Premises”. Terdapat beberapa kenyataan yang boleh dipetik daripada laporan akhbar berkenaan iaitu, “Farida said it was not right to impose Islamic values on non-Muslims” dan “We shouldn’t impose the Muslim dress code on others, not even on Muslims,” said Anas Zubedy.
Kenyataan ini dikeluarkan ekoran daripada beberapa isu berkaitan dengan etika pemakaian di premis-premis kerajaan yang telah berlaku sejak 6 Jun 2015 di Jabatan Pengangkutan Jalan Wangsa Maju dan disusuli dengan beberapa kes di Hospital Sungai Buloh dan Bangunan SUK Selangor.
DPPWP berpendapat dakwaan tersebut tidak tepat. Mereka cuba memberi persepsi yang salah terhadap Islam. Kod pemakaian tersebut adalah garis panduan umum yang telah ditetapkan dan tidak salah jika semua pihak mematuhi kod berkenaan supaya dilihat lebih sopan dan baik. Sekiranya pihak penguatkuasa mengambil tindakan, ia satu tindakan yang relevan dan perlu dihormati.
Islam memang menggariskan tatacara pemakaian yang betul bagi orang Islam. Namun, Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk mengenakan kod pemakaian yang tertentu. Maka, isu yang ditimbulkan baru-baru ini, bukan satu paksaan nilai Islam terhadap golongan bukan Islam. Ia adalah peraturan umum atau protokol yang wajar untuk dipatuhi. Apatah lagi, Malaysia juga terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan budaya yang membanggakan.
Sekian, terima kasih.
0 comments: