RAMADHAN ANTARA ADAT DAN IBADAT SIRI 2/30


[ NIAT ]

Niat secara syarak adalah keazaman yang jelas di dalam hati untuk melakukan sesuatu ibadat. Berdasarkan hadith "sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat", maka ianya menjadi syarat paling utama amalan seseorang itu diterima. Sekiranya tiada niat, amalan seseorang dikira tidak sah di sisi syarak.


ADAT : Seseorang diajar berniat puasa pada waktu sahur. Untuk mengelakkan terlepas niat kerana tidak bagun sahur, diharuskan niat sebelum tidur. Boleh berniat untuk puasa sebulan terus sebagai ihtiyat. Sekiranya semua ini tidak dilakukan dengan lafaz 'sahaja aku puasa esok hari' atau seumpamanya, dikatakan puasanya tidak sah.


IBADAT : Islam agama yang mudah. Niat tidak tertakluk kepada apa-apa lafaz. Asalkan seseorang itu dalam keadaan sedar dan tahu apa yang dia ingin dan sedang lakukan ketika mula dia melakukan sesuatu amalan, maka itu dikira telah berniat.


Justeru, seseorang yang bangun bersahur, sudah tentu dia tahu dan sedar bahawa dia melakukannya kerana ingin berpuasa. Maka dia dikira telah berniat! Walaupun dia tidak menyusun apa-apa lafaz samada di bibir mahupun akalnya.


Ulama menggariskan, syarat sah niat perlu mempunyai tiga elemen iaitu qasad, taarrud dan ta'yin. Namun ia tidak lari dari apa yang diterangkan di atas.


"RAMADHAN UNIVERSITI RABBANI"


Lajnah Dakwah
Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus
Terengganu
2 Ramadhan 1436H

0 comments: