Ruh Badar Al-Kubra


Majlis Tafaqquh & Tarbiyah (MAQTAR)

:: CATATAN 7 RAMADAN ::
Ihya' Tarbiyyah Ramadan MAQTAR


"Ruh Badar Al-Kubra"
Disampaikan oleh:
Ustaz Muhd Ali bin Jamil,
(Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan)


Setengah pendapat menyatakan berlaku Badar Kubra pada 13 Ramadhan, sebahagian kata 17 Ramadhan. Yang penting, pengajaran perang Badar. Membentuk ruh perjuangan Islam mengikut acuan Rasulullah.

Cuaca ketika itu panas. Ahli Badar tak ramai. 313 (ada pendapat kata 315) melawan lebih 1000 tentera kafir. Kenapa mampu berperang? Kekuatan akidah.

Badar Kubra salah satu sirah perjuangan Rasulullah. Tak sama dengan bincang sejarah-sejarah yang lain. Beza lain. Manusia bernama Muhammad ini ditarbiyyah oleh Allah. Tentu berbeza.

Syed Qutb menyebut dalam Maalim fi thoriq, dalam bab jinul quran. "Assabiqunal awwalun". Bermaksud yang mula-mula peluk Islam. Perhatikan batang tubuh, peribadi dan akhlak mereka macam mana. Bagaimana Rasul membentuk peribadi-peribadi hebat.

Jibril satu hari tanya Rasulullah, kamu sembahyang ke tidak. Rasulullah kata kami solat. Rasulullah tanya kenapa? Jibril menjawab sebab tak dengar azan di langit. Biasanya Bilal azan sampai ke langit dengar. Pentingnya keikhlasan. Itu hebatnya Bilal walaupun kulit hitam, namun azan dia dengar sampai ke langit.

Baginda bentuk dengan asas akidah. Hebat macam mana pun, kalau akidah dan akhlak tak ada, hancur. Ilmu hebat ada, namun akidah tak kuat, tetap tak mampu berjuang sebab tak ada keberanian.

Bagaimana Rasulullah bentuk sahabat. Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, antara jeneral medan perang dalam perang Badar. Digelar singa Allah. Jeling saja, musuh dah takut.

Kisah Ustaz Fadzil Noor dalam sidang DUN Kedah. Hanya seorang Adun PAS masa tu lawan UMNO. MB Kedah ketika itu kata takut dengan Ustaz Fadzil. Perjuangkan Islam patut macam tu, orang takut dengan kita, bukan kita takut dengan orang lain.

Bila akidah mantap, pejuang tak takut mati, walaupun tak makan, panas dalam perang Badar. Setiap peperangan Rasulullah dan sahabat penuh dengan strategi. Dalam perang Badar, perisik dihantar risik kekuatan tentera kafir.

Rasulullah menangis berlinangan air mata, berdoa angkat tangan tinggi. Saidina Abu Bakar nampak putih tangan Nabi (sebab angkat tangan tinggi). Menunjukkan kesungguhan berdoa.

Turun ayat "kam min fiatin qalilatin ghalabat fiatan kathiratan bi iznillah". (Berapa ramai golongan sedikit mengalahkan golongan ramai, dengan izin Allah). Turun malaikat dengan berjubah dan berserban hijau berperang sekali. Ada ulama kata ekor serban malaikat ibarat pedang membunuh kuffar.

Doa senjata mukmin. Walaupun zaman canggih macam mana pun, jangan lupa berdoa kepada Allah. Solat itu sendiri pada maknawinya adalah doa. Minta kepada Allah. "Wastai'nu bishobri wassolah". (Minta pertolongan dengan sabar dan solat)

Di zaman kita di tanah air, tidak angkat senjata. Perang dengan pena, hujung jari menaip, berhujah menjawab soalan. Kena kuasai teknologi canggih sekarang.

Surah al-fil. Umat Islam kena cipta senjata untuk lawan musuh. Kena pandai, bijak perah pemikiran. Kisah ustaz ke Brunei 1997 bagi kuliah. Antaranya Kementerian Pertahanan. Ustaz bagi kuliah tajuk 'ketenteraan dalam Islam mengikut Rasulullah SAW.'

Ustaz Ismail Kamus nak buat PhD bawah Dr Ismail Faruqi. Sebelum Ustaz Ismail Kamus ke sana, Dr Ismail Faruqi mati dibunuh. Kena waspada.

Berperang kena ada ketua. Kalau pemimpin penakut, orang bawah pun takut. Ilmu ni tak boleh duduk dengan orang tak berani. Kena macam kepala kereta api. Bukan macam kepala kura-kura, masuk dalam bila rasa terancam.

Orang berjuang Islam jangan termakan dengan habuan dunia. Contohi Saidina Abu Bakar yang banyak infaq kepada perjuangan Islam.

Ujian dan cabaran dari banyak sudut. Kadang-kadang dari isteri. Walaupun benda kecil, kena jaga-jaga. Kena tarbiyyah isteri dan anak-anak bersama perjuangan Islam. Bentuk akhlak mereka.

Hayati surah as-saff. "Kenapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lalukan". Di tiap-tiap rumah kena wujudkan budaya AlQuran. Nak bagi rasa lazat dengan Al-Quran.

Berhenti hisap rokok. Tunjukkan akhlak yang baik. Doa nak berhenti hisap rokok. Satu hari, sahabat bertanya kepada Rasulullah berkenaan seorang yang sentiasa berdoa 'Allahumma ajirna minnar'. Orang yang selalu baca doa itu, Allah sediakan rumahnya di dalam syurga.

Faham betul2 maknanya. Minta syurga, tapi buat amalan ahli neraka? Ibarat main2 dengan Allah. Baca doa itu dengan kefahaman dan menghayati. Takut nak hisap rokok.

Pejuang Islam ada jati diri yang kuat. Berjuang dengan berani kerana Allah SWT, bukan cari nama dan kedudukan. Inilah ruh Badar kubra yang dibentuk Rasulullah SAW.


7 Ramadhan 1436H / 23 Jun 2015M
Surau Hj Hassan Shukri
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)

0 comments: