Hari ini Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, di dalam satu kenyataan telah menyatakan harapan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.
Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-Exco PAS Selangor dan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS Selangor menyokong penuh YAB Tuan Mohamed Azmin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor. Kerajaan Negeri pimpinan beliau mesti dipertahankan untuk memastikan segala agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.
Kerajaan Negeri Selangor yang dibina di atas Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah berjaya menjadi contoh kepada seluruh negara dan menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kami juga akan terus menjalinkan kerjasama yang akrab dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat agar amanah yang diberikan oleh rakyat tidak dikhianati dan tanggungjawab terhadap mereka dapat ditunai.
YB Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
7 Ramadhan 1436 / 24 Jun 2015
0 comments: