
Sekali lagi dunia keadilan menyaksikan peristiwa pelik di mana mangsa tembakan dijatuhkan hukuman manakala yang menembak dilepaskan begitu sahaja. Adakah begitu besar kesalahan mereka berbanding kesalahan para perompak harta negara yang masih bebas begitu sahaja.
Tiadakah langsung rasa sekelumit sifat kemanusiaan di hati para hakim dan para peguamcara sehingga tatkala ramadhan yang hanya beberapa detik sahaja bakal tiba, mereka ini dipisahkan dari ahli keluarga mereka dengan zalim. Nyata sekali, ramadhan dan syawal pada tahun ini bakal disambut ahli keluarga mereka dengan linangan air mata.
Kita pelik dengan kesungguhan yang begitu amat para peguamcara kerajaan untuk memastikan mangsa2 ini disumbat ke dalam penjara. Sesungguhnya, kepada mereka yang terlibat dengan kezaliman ini anda nantikanlah balasan daripada Allah kelak.
Kepada ahli keluarga para perwira...banyakkn lh bersabar dengan ujian ini. Jadikanlah medan ramadhan ini sebagai hamparan terbentang luas untuk membuat pengaduan kepada ilahi atas kezaliman ini. Tabahkanlah hati..cekalkan hati. Ketahuilah, anda semua adalah keluarga yang hebat kerana memiliki perwira yang hebat. Berbanggalah kalian semua.
Percayalah, walaupun para penzalim sedang gembira meraikan kemenangan mereka...jauh di lubuk hati mereka, sesungguhnya mereka sedang dalam kegelisahan dan hati tidak tenteram.
Kepada semua para pemuda pas, marilah kita sama2 bermunajat memohon bantuan dan kekuatan daripada Allah. Sentiasalah kita memberi sokongan kepada mangsa dan ahli keluarga mereka.
Istiqomah sehingga mencapai kemenangan
Mohd Azrin Mohd Aris
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu
16 Jun 2015
0 comments: