Sejak berlakunya kudeta ke atas presiden pertama Mesir pada 3 Julai 2013 yang dipilih secara sah melalui pilihanraya yang bersih dan adil, sejumlah srikandi Mesir telah menerajui penentangan terhadap kezaliman ini yang telah mencabar keangkuhan As- Sisi.
1. Sana' Beltagi: Beliau merupakan isteri kepada Dr Muhammad Beltagi, pemimpin kanan parti FJP yang menghadapi kesengsaraan akibat suami dan anak lelakinya yang ditahan oleh As-Sisi dan anak perempuan pertamanya, Asma' Beltagi yang syahid ditembak mati oleh tentera kudeta semasa tragedi Rabaah. Pelbagai tekanan dan tuduhan palsu yang dilemparkan ke atasnya tidak menghalangnya untuk terus berjuang mempertahankan hak rakyat khasnya golongan wanita.
2. Sundus Asim Shalaby: Beliau yang berumur 26 tahun telah dijatuhkan hukuman gantung yang menunggu sebutan hukumannya pada 16 Jun ini. Beliau yang merupakan graduan Fakulti Sastera daripada Universiti Ain Shams di Kaherah merupakan ketua pengarang laman web Ikhwan Muslimin dalam bahasa Inggeris (ikhwanweb.com). Walau bagaimanapun, beliau berada di luar Mesir sehingga kini dan berterusan terlibat menggerakkan usaha penentangan terhadap rejim As-Sisi.
3. Samiah Habib Muhammad Shanan: Beliau berumur 54 tahun, wanita Mesir pertama dijatuhkan hukuman gantung bersama 188 tahanan lain (termasuk dua anak lelakinya) atas tuduhan terlibat membunuh dan menyiksa beberapa orang pegawai polis serta menceroboh institusi negara dalam kes rekaan " Kardasah". Beliau ditahan bersama dua orang lagi anaknya pada 19 September 2013 sebagai ugutan agar anaknya, Tariq menyerah diri kepada pihak polis. Semasa dalam tahanan, beliau telah diseksa dan diberikan pilihan samada mengaku salah atau akan diperkosa.
4. Karimah al-Sairafi: Beliau merupakan seorang pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universiti al-Azhar telah ditahan tanpa bukti atas tuduhan menjadi ejen kepada pihak luar. Beliau telah melakukan mogok lapar selama 15 hari dan akhirnya telah dibebaskan kerana tindakannya merimaskan pihak polis.
5. Fajr al-Aadily: Keberaniannya terserlah apabila beliau memekik kepada As-Sisi dalam sidang media rasmi yang juga dihadiri oleh Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin dengan laungan: “Kamu pembunuh, kamu fasis, kamu Nazi, jatuh rejim askar”. Beliau telah diugut untuk dibatalkan kerakyatan Mesirnya.
0 comments: