BELASUNGKAWA KHAIRUL ANUAR BIN HAJI UNING

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM)
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN (DPPWP)

19 Ramadhan 1436 - 6 Julai 2015

BELASUNGKAWA
KHAIRUL ANUAR BIN HAJI UNING




Innalillah...

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Khairul Anuar bin Haji Uning, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepong.


Beliau telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya berhampiran Terowong SMART, Kuala Lumpur petang tadi. Jenazah Almarhum telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Besar Kuala Lumpur.

Solat jenazah akan diadakan pada jam 9 pagi esok (7 Julai) di Masjid Saidina Hamzah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda. Muslimin dan muslimat dialu-alukan untuk turut bersama.

Kami telah menjadi saksi pengorbanan dan kegigihan Almarhum dalam melakukan gerak kerja Islam sepanjang hidupnya. Beliau merupakan Komandan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepong dan telah banyak memberikan sumbangan kepada perjuangan Islam. Sesungguhnya pemergian Almarhum meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya kepada pemuda-pemuda PAS WP yang mengenali Almarhum.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, merahmatinya dan mengasihinya dan menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang soleh

Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 comments: