ISLAM SEBAGAI BAHTERA PENYELAMAT DARI KEROSAKAN NEGARA


PAS adalah singkatan kepada Parti Islam Se Malaysia, sebagai sebuah jamaah Islam yg berada di medan siasah di negara Malaysia. 


Malaysia mempunyai populasi 30 juta orang rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan berteraskan kepada Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.


Dari populasi berjumlah 30 juta orang rakyat, statistik yg ada sekitar 62% beragama Islam, 19% Budha, 9% Kristian, 7% Hindu dan baki lain lain agama.


Dari 62% yg beragama Islam, hampir 90% adalah dari bangsa melayu.


PAS sebagai parti Islam mempunyai matlamat yg digariskan dalam perlembagaannya. 


Mengakui hakikat negara yg bermasyarakat majmuk, PAS amat menentang sebarang fahaman perkauman yg melampau yg amat diharamkan dalam Islam yang disebut 'assobiyyah' atau 'nasionalisme'. 


Inilah titik perbezaan PAS dan UMNO.


Assobiyah menyebabkan segala kesalahan, rasuah, pilih kasih, penyakit sosial, pemilihan pemimpin yg tidak amanah dibiar asal sahaja orang yg berkenaan dari bangsa atau kumpulan yg berkenaan. Tiada sandaran kepada hukum Tuhan sebagai rujukan tertinggi yg memandu kehidupan.


Itu punca kerosakan bernegara yg sedang ditanggung semua. 1MDB, wang Tabung Haji, MARA, GST, HUTANG LUARBIASA NEGARA, FELDA, NFC, SCORPENE, OPV KWSP, ROYALTI PETROLEUM. Ia punca masalah rasisme, kebencian seperti yg berlaku di negeri kubu UMNO di Johor beberapa hari terdahulu.


Menyedari hakikat berbilang kaum, sepanjang sejarah PAS, seperti juga UMNO, PAS menjalinkan kerjasama dengan pelbagai parti demi manfaat rakyat jelata.


Adanya Pakatan Rakyat sekadar menegaskan kesediaan PAS sejak dari awal penubuhannya untuk bekerjasama dalam apa apa kerangka masyarakat majmuk demi kebaikan negara.


Chauvinisme tidak pernah baik utk negara. Ini ditegaskan oleh Presiden PAS , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berulang kali.


Pakatan Rakyat adalah wadah yg terbaik yg diadakan apabila ia fokus kpd isu isu pembelaan rakyat dan menampakkan toleransi antara rakan persepakatan.


Ketika itu DAP yg dulunya susah diterima orang orang Islam menunjukkan kesediaan menyesuaikan diri. Bernada sopan, memahami dan menghormati. Kerana itu,  demi rakyat PAS sanggup membantu membuka laluan dan melindungi DAP agar boleh diberi ruang dikalangan masyarakat melayu.


Ini disebalik stigma negatif dari faktor sejarah DAP yg amat buruk dikalangan  orang2 melayu.


PAS yg paling terpukul banyak oleh tindakan ini kerana PAS bertanding di kawasan2  majoriti melayu. 


PAS terpaksa berdepan dengan segala dakyah, jentera propaganda UMNO yg meniupkan amaran, menimbulkan keresahan dikalangan orang2 Islam tentang ancaman terhadap kedudukan agama Islam dan kepentingan orang melayu.


Propaganda ini dulu sulit kita hadapi kerana angkara sikap sekumpulan pemimpin PAS yg terlalu menurut kehendak DAP.


Sedangkan asal usul Tahaluf Siasi agar dapat mempersatu kebersamaan dalam perjuangan membela rakyat dengan menghormati perbezaan prinsip perjuangan yg masing2 antara satu sama lain sudahpun tahu.


Walau berat berdepan tohmah, tapi PAS berkorban juga demi untuk memenuhi harapan rakyat.


Namun demikian dalam soal prinsip dan dasar, ia bukan sesuatu yg boleh dibuka kpd tawar menawar atas nama toleransi. Akidah dan Kaedah dua perkara yg sangat berbeza.


Sebaik Prinsip dan Dasar diganggu gugat, ia sekali kali tidak akan dibiar oleh akar umbi. Lebih lebih lagi oleh mekanisma dalaman PAS yg sentiasa dipelihara dasar dan prinsipnya oleh peranan Majlis Syura Ulama.


PAS sanggup berkorban lagi agar parti sentiasa dilandasan sejati.


Sekarang PAS sudah membuktikan pengorbanan besar demi mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan. Demi Risalah Islam. Agar umat Islam yg termasuk orang melayu, selamat semuanya.


Agar Tongkang Pecah UMNO yg sudah rosak dan tak mungkin boleh dibaiki, ada gantinya buat orang orang Melayu sebagai Bahtera Penyelamat yg terbukti matang, tidak gopoh dan teruji untuk orang2 Islam dan melayu boleh berharmoni dengan tenang dengan lain lain kaum.


Yang memahami selok belok kesopanan dan kesusilaan. Berharmoni dengan Institusi Raja. Tidak menyentuh sensitiviti budaya antara kaum. Tidak mengganggu urusan amalan agama.


Harapan baru yg tidak rasuah, tidak korupsi, tidak boros, telus, mementingkan keharmonian, didokong para profesional yg menghayati agama dan agamawan yg menghayati profesionalisme.


Ramuan baru. Harapan Baru. Malaysia Baru. Yang semua kaum, agama dan lapisan rakyat lebih bersatu untuk sama sama bergandeng bahu menuju negara maju. Di bawah naungan petunjuk hidayah Allah, Tuhan Yang Satu.


ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
6hb Julai 2015

0 comments: