
Kenyataan Media Penerangan. 10
“LTH – TRX – 1MDB : DULU 1 MINGGU, SEKARANG 2 BULAN”
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Ramadhan 1436 | 9 Julai 2015
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) menjelaskan mengapa plot tanah di TRX yang dibeli dengan harga RM 188.5 juta itu masih belum terjual sehingga ke hari ini.
2. Pada 9 Mei yang lalu, Pengerusi LTH mendakwa sudah terdapat tiga pihak yang telah bersedia untuk membeli tanah berkenaan dan proses jual beli tersebut akan dilaksanakan seminggu selepas itu.
3. Hari ini (9 Julai), sudah 2 bulan tanah kontroversi tersebut masih belum terjual. Malah, berdasarkan ucapan-ucapan Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat ketika sidang yang lalu, kerajaan seolah-olah belum membuat keputusan muktamad untuk menjual tanah itu.
4. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap transaksi jualan antara LTH dan 1MDB. Adakah proses jual beli tanah tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya? Ini menguatkan andaian lain bahawa pembelian tersebut hanya satu ‘bailed out’ terhadap krisis kewangan 1MDB.
5. PAS menuntut agar isu ini segera dimuktamadkan kerana dana umat Islam terbesar di Malaysia tidak harus diheret ke dalam krisis kewangan 1MDB yang berlaku sehingga ke hari ini.
Sekian, terima kasih.
0 comments: