Bagaimanapun, beliau berharap kumpulan terbabit termasuk yang menamakan diri sebagai G18 diharap akan kekal bersama parti itu.
Presiden turut menyatakan PAS tidak menghalang mana-mana pihak menubuh parti baru kerana ia amalan demokrasi di negara ini.
“Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa,” ujarnya pada majlis Amanat Khas dan iftar bersama presiden di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini 6 Julai lalu.
Al-Arqam juga pecahan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1970-an hasil rasa kecewa. Begitu juga Hamim dan Berjasa.
“Sebagai sebuah parti Islam yang baru perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi. Kita keluar dan buka lagi parti baru dan begitulah seterusnya,” katanya.
Beliau juga yakin bahtera PAS tidak akan bocor walaupun ada ura-ura penubuhan parti baru.
“Media sosial seperti facebook memberi ruang perkara yang kecil menjadi besar sehingga menampakkan PAS sedang bergolak.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan anggota Exco, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Hadir sama Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng, Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua dan pemimpin masyarakat serta lantikan politik.
Hampir 2,000 pimpinan PAS pelbagai peringkat kawasan termasuk pemuda dan muslimat hadir pada program itu.
Kelantan merupakan negeri ketiga dalam siri jelajah Presiden PAS selepas muktamar Jun lalu. Sebelum ini beliau turun ke Pulau Pinang dan Selangor, selepas ini Johor pula.
0 comments: