ZIARAH KEBAJIKAN KELUARGA ALLAHYARHAM SUFFIAN BIN ZAKARIA


Alhamdulillah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) telah menziarahi keluarga Allahyarham Suffian Bin Zakaria (Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit) yang meninggal baru-baru ini.

Rombongan sempat berjumpa untuk menyantuni, memberi sumbangan serta memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada isteri dan anak-anak Allahyarham (adik Syafiq, Syahirah dan Adam). Rombongan juga sempat menziarahi Pondok Pengajian Safinatunnaja iaitu pusat pengajian yang sama-sama diusahakan oleh Allahyarham (mudah-mudahan Allah terima amalan jaariah beliau).

Antara yang hadir ialah Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Ketua Pemuda PAS Malaysia), Mukhtar Suhaili (Bendahari Pemuda PAS Malaysia), Ustaz Akmal Hj Kamarudin (Ketua Pemuda PAS Negeri Perak), Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar ( Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit) dan beberapa orang Ahli Pemuda.

Semoga keluarga dan waris redha, tabah dan sabar. Semoga anak-anak Allahyarham akan menjadi mujahidin Islam dan meneruskan perjuangan ayahnya.

Semoga roh Allahyarham tenang di sana dan tergolong dalam kalangan orang-orang soleh. Allahumma Aamiin.

0 comments: