BERSIH 4 MENDEDAHKAN FAKTA DOKONGAN KEPADA PAS

BERSIH 4 MENDEDAHKAN FAKTA DOKONGAN KEPADA PAS

Kebijaksanaan dari keputusan PAS tidak membuat kerahan ahli adalah membolehkan kita menilai pola sebenar sikap rakyat terhadap DAP, PKR, GHB dan NGO NGO yang senada dengannya.

Bagi yg biasa dengan kajian makmal sains, ini mungkin sejenis "controlled experiment". Ujikaji kawalan.

Apa yg kabur sebelum ini mula jelas.

Kita sudah jelas setakat mana kekuatan sokongan orang melayu kepada PKR dan GHB. Lebih lebih lagi DAP.

Tinggal lagi kita perlu lebih petunjuk tentang sikap orang Melayu antara PAS dan UMNO.

Dari 90% orang Melayu yg tidak mendokong BERSIH 4 berapa peratuskah yang kerana menyokong Najib dan UMNO?

Dan berapa peratus yang mahu menyingkirkan Najib dan UMNO?

Penting pada Kongres Rakyat yang dijadualkan 12hb September 2015 agar seramai mungkin orang orang Islam hadir.

Gagal berbuat demikian akan membuka ruang DS Najib dan UMNO mendakwa orang orang Melayu menyokong mereka.

Gagal membuat demikian juga memberi mesej orang orang melayu boleh dipijak dan dihina pemimpin pemimpin yg dihormati mereka seperti perbuatan keji yg dilakukan ketika BERSIH 4 beberapa orang cina secara terbuka memijak mijak potret wajah DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS, mencucuk cucuk pada mata Tuan Guru sambil ber'selfie', merasa bangga dan hebat dengan perbuatannya yang biadab itu.

Melihat kepada permohonan baru keahlian PAS yg luar biasa jumlahnya sehingga 9 ribu setiap bulan, saya percaya orang orang melayu telah memulakan langkah meninggalkan parti UMNO yg sudah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi.

Tun Mahathir bersungguh mahu menyingkirkan Najib kerana yakin cara itu sahaja boleh memberikan harapan baru kepada UMNO agar terus menang dan berkuasa.

Naikkan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri yang baru. Jadikan dia Wira atau Hero yg berjasa kepada rakyat kerana berjaya kalahkan 'kuasa jahat' yang kini DS Najib dijadikan kambing hitamnya.

Walhal kuasa jahat itu sendiri adalah UMNO yg korup dari atas sampai ke bawah. Busuk sampai ke usus seperti diungkapkan oleh Tun Mahathir sendiri beberapa tahun yang lalu.

Mereka yg hari ini terpedaya menjulang Mahathir dan Muhyiddin, jika Najib tersungkur dan diganti gandengan baru, akan terdiam serba salah sekurang kurangnya setahun dua.

Mahu diserang, mereka juga yg menobat Tun Mahathir dan Muhyiddin sebagai wira dan hero.

Ingat. PRU14 paling lama 3 tahun lagi sahaja.


HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
31hb Ogos 2015

0 comments:

Tanpa Memohon Maaf secara Terbuka, BERSIH 4.0 jadi KOTOR 4.0


Tanpa Memohon Maaf secara Terbuka,
BERSIH 4.0 jadi KOTOR 4.0


1. Tuntutan BERSIH untuk reform sistem demokrasi dan pilihanraya negara adalah disokong oleh PAS tanpa berbelah bahagi. Malah PAS telah menganjur dan menyertai pelbagai bentuk rally sebelum daripada ini. Bukan hanya dalam bentuk anjuran bersama BERSIH, tetapi juga pelbagai isu yang menyentuh kepentingan ummah. PAS hanya berbeza pendekatan pada kali ini. Kebetulan PAS mempunyai komitmen yang tinggi terhadap beberapa program penting yang dianjur dalam tempoh ini.

2. Namun insiden memijak gambar Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS dalam himpunan BERSIH 4.0 adalah suatu yang sangat memalukan. Perbuatan itu adalah KOTOR dan sangat biadap serta kurang ajar, sementelah tiada jenayah dan perbuatan yang melayakkan perbuatan sebegitu itu dilakukan ke atas Yb Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi.

3. Kami mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab tampil memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan provokatif sedemikian. Terlebih wajar jika pihak penganjur BERSIH mengambil tanggungjawab bagi membukti mereka tidak merestui perbuatan KOTOR sebegitu justeru membenci dan memusuhi Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bukanlah sasaran yang termaktub dalam tuntutan BERSIH.

4. Ia adalah satu tragedi malang yang memapar standard akhlak dan moral pihak terbabit terlalu sangat rendah dan hina. Poster yang diedit sedemikian rupa dengan memaparkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi berpelukan dengan Dato' Seri Najib kononnya mahu menggambarkan PAS seperti bersekongkol dengan UMNO dan BN. Ini juga merupakan satu fitnah yang jahat.

5. Perbuatan itu tidak boleh dipandangan ringan. Selain ia adalah perbuatan menghina maruah, ia juga merupakan satu tindakan yang melebarkan kebencian dan permusuhan. Sekaligus memperlihatkan kepada dunia perangai KOTORnya yang amat memalukan.


Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Malaysia.

0 comments:

Catatan Dhuha

Catatan Dhuha
Mohonlah kekuatan kepada Alah untuk kita melakukan amal soleh sewaktu hidup sebelum terlambat. Gunakanlah peluang hidup sebelum ajal datang mengejut. Kerana kita sering terdedah dengan mala petaka dan bencana, bila -bila masa sahaja nyawa boleh tercabut. Saat itu tidak berguna lagi untuk kita berbakti kepada agama Allah SWT. 

Ust Idris Hj Ahmad, 14 Zulqaedah 1436, 29 Ogos 2015 (Sabtu)

0 comments:

Catatan Dhuha


Siapa yang panjangkan umur dan menghabiskan untuk taat kepada Allah maka kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi. Setiap hari ia mengerjakan amal bakti dan berebut untuk mendapatkannya. Kerana ia sedar bahawa amal soleh hanya boleh dilakukan di dunia sahaja kerana akhirat ialah tempat balasan bukan tempat amalan. Sebaliknya jika ia dipanjangkan umur ,dihabiskan untuk melakukan maksiat dan menderhakai Allah maka ini adalah celaka kerana ia menambahkan kejahatan dan menambahkan maksiat kepad Allah. 



Ust Idris Hj Ahmad 
15 Zulqaedah 1436. 
30 Ogos 2015 Ahad.



0 comments:

Fajar Menyinsing Rakyat Resah.


Fajar Menyinsing Rakyat Resah.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas 
28/8/15


Rakyat resah dan semput dada apabila matahari menyinsing. Cerah sahaja matahari harga barang keperluan sentiasa naik, akibat kejatuhan mata wang. Bermula dengan minum pagi, terasa harga barang sudah naik. Ia ditambah dengan masalah yang sedia ada iaitu cukai GST sebanyak 6 peratus sejak 1 April 2015.

Pekerja di sektor swasta sentiasa resah memikirkan syarikat mereka terpaksa mengurangkan pekerja. Takut, apabila sampai di pejabat sudah ada notis pemberhentian kerja. Terbaru pekerja kilang NAZA di Gurun Kedah yang diberhentikan seramai 300 orang. Awal Julai kilang JVC di Seksyen 20 Shah Alam ditutup, pekerjanya ditawarkan skim pemberhentian kerja sukarela (VSS). Sebelumnya 6000 pekerja MAS telah dibuang.

Kita bimbang fenomena ini akan menimbulkan kesan sosial seperti perceraian, penyakit mental akan meningkat, apabila memikirkan kemana mereka hendak bekerja untuk menyelesaikan hutang rumah, kereta dan sebagainya. Terutama bagi pekerja yang sudah lanjut umur. 


Selepas ini pula kadar faedah pinjaman akan dinaikkan. Ini lumrah dalam dunia perniagaan kapitalis akan menaikkan kadar faedah sebagai usaha menampung kos operasi apabila suasana gawat. Dengan ini sudah tentu akan meningkat kadar inflasi.

Kenapa terjadi demikian, semua gara-gara kepimpinan yang tidak amanah dengan negara dan rakyat. Berbelanja dengan boros, rasuah menjadi makanan harian daripada bawah hingga ke atas. Akhirnya beban terkena kepada rakyat marhain.

0 comments:

JEMPUTAN KE KONGRES RAKYAT : MEMBINA MALAYSIA SEJAHTERA


JEMPUTAN KE KONGRES RAKYAT : MEMBINA MALAYSIA SEJAHTERA

Tarikh : 12 September 2015

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang


Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.


0 comments:

BERSIH 4: IMEJ PRESIDEN PAS DAN PARTI DIPERLEKEH.


Penerangan PAS Pusat kesal dan dukacita dengan paparan klip aksi 2 peserta BERSIH 4 yang memijak gambar YB Dato' Seri Presiden PAS ketika himpunan sedang berlangsung, sebagaimana yang sudah dilaporkan oleh berita tempatan dan viral pula di Facebook dan YouTube.

Lebih dikesalkan apabila imej Dato' Seri Tuan Guru di"superimpose" berpelukan dengan Perdana Menteri Najib untuk memberi gambaran seolah-olah Presiden PAS dan Presiden UMNO serta kedua-dua parti berseteru ini bersekongkol.


Saya mendesak agar pihak penganjur BERSIH 4 segera tampil menjelaskan sama ada gambaran sebegitu adalah sebahagian dari strategi kempen BERSIH 4 untuk meraih sokongan, mengambilkira penglibatan meluas kepimpinan DAP dan GHB di dalam himpunan kali ini yang umum ketahui sememangnya galak membuat fitnah mengaitkan PAS dengan UMNO.

Sekiranya itulah pendirian BERSIH, maka jelaslah BERSIH tidak langsung menghargai sumbangan PAS dan jasa Unit Amal PAS yang gigih memberi sokongan selama ini.

Sekiranya BERSIH masih menghargai PAS maka sekurang-kurangnya kami boleh menjangkakan kenyataan maaf dalam tempoh 48 jam ini dan jaminan bahawa gambaran tersebut bukanlah sebahagian dari agenda BERSIH dan aksi tidak sopan sebegitu tidak akan diulangi.

Kepada ahli dan penyokong gerakan Islam ini diharap anda tenang berdepan provokasi sebegini. Inilah masanya kita menunjukkan sikap jiwa besar kita ketika berdakwah dan memohon doa pertolongan dari Allah swt tatkala ayahanda Tuan Guru Presiden dan perjuangan jamaah ini difitnah sebegini rupa.

Jaga tuturkata, tunjukkan kelembutan dalam ketegasan dan jauhi sikap kasar dan biadap. Contohilah akhlaq baginda Rasulullah saw yang sabar dan tsabat dalam perjuangan meskipun baginda dilempar najis dan batu.

Dalam usaha kita melebarkan mesej Islam, inilah masanya kita mencontohi resam Rasulullah saw, bukannya bertukar menjadi Che Guevara.

"Istiqamah Sehingga Kemenangan"

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 comments:

INSIDEN PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS : PENGANJUR BERSIH 4.0 DIGESA MOHON MAAF


NOTA KESAL DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
INSIDEN PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS : PENGANJUR BERSIH 4.0 DIGESA MOHON MAAF

1. Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

2. Sekiranya tiada pihak dari entiti BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, adalah dikhuatiri penganjur BERSIH 4.0 dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.


3. Laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden ini disiasat. Dalam masa yang sama ahli-ahli Dewan Pemuda PAS dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak.berkuasa untuk melakukan siasatan.



NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

16 Zulkaedah 1436 | 31 Ogos 2015

0 comments:

Ekonomi gawat paksa rakyat miskin kerja keras

TUMPAT: Kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang sukar dibendung kerajaan sekarang memaksa rakyat berpendapatan rendah bekerja lebih keras.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan dilihat seperti gagal membendung kejatuhan mata wang apabila semakin parah sekarang.

Katanya, keadaan itu bertambah gawat lagi bila mana harga komoditi yang dieksport seperti getah, kelapa sawit dan minyak turun.
“Bukan hanya mata wang yang turun, sebaliknya bahan-bahan eksport kita juga susut nilainya apabila berlaku pertukaran mata wang asing,” katanya ketika merasmikan projek Bandar Baru Tumpat di sini hari ini.

Projek Bandar Baru Tumpat yang bernilai RM80 juta dijangka siap dua tahun lagi, bakal berubah wajah pekan Tumpat.

Projek itu hasil kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT) dan syarikat Induk Setia Sdn Bhd dibangunkan di kawasan seluas 6.62 hektar.

Ia bakal mengandungi rumah kedai, lot bazar dua tingkat mampu milik 82 unit, stesen bas dan perhentian teksi.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Mejar (B) Datuk Mohd Anizam Ab Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Jajahan Tumpat, Mohd Saberi Ramli.

Ustaz Ahmad juga berharap pembangunan Bandar Baru Tumpat akan merangsang lebih cepat pertumbuhan ekonomi jajahan tersebut.

Menurutnya juga Tumpat terkenal sebagai lokasi pelancongan memberi peluang penduduk setempat menceburi bidang perniagaan dengan memiliki lot-lot bazar di bandar baru terbabit.

Pengarah Induk Setia Sdn Bhd Mohd Yusof Salleh pula memberitahu bandar baru tersebut mampu menyediakan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan apabila siap kelak. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

0 comments:

Tak cukup perit lagi kah, rakyat marhaen?

Merdeka ialah satu slogan yang sangat besar makna bagi sesebuah negara yang pernah dijajah. Ribuan nyawa terkorban demi memerdekakan negara. Pelbagai jerih payah dilalui oleh generasi lampau dalam usaha membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

Kini setelah negara mencapai kemerdekaan yang ke 58, slogan kemerdekaan bukan lagi dalam bentuk mengembalikan nostalgia yang tidak dapat dihayati oleh generasi kini. Ia hampir tiada makna dan telah digantikan dengan gemaan menuntut perubahan bagi menjayakan bangsa dan negara yang mampu bersaing dengan cabaran global.

Hari ini, negara kita masih bergelut dengan pelbagai isu salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah dan pembaziran yang amat membimbangkan sehingga menjadi tumpuan media antarabangsa.

Pelbagai kemelut ini menuntut rakyat bangkit membuat perubahan demi mencapai erti sebenar kemerdekaan negara.

Rakyat membilang kegagalan negara menerajui perubahan setelah 58 tahun kita bebas dari penjajahan. Kepelbagaian negara dieksploitasi menjadi senjata politik daripada menjadi kekuatan yang memacu kemajuan negara.

Malaysia semakin jauh ditinggalkan dengan pencapaian cemerlang negara jiran Singapura, Korea, Jepun bahkan kini Vietnam dan Kemboja mula mengorak langkah maju ke hadapan. Bukan itu sahaja, jurang perbezaan antara kaum dan agama, bandar dengan luar bandar dan kaya dengan miskin di Malaysia juga semakin melebar.

Selepas 58 tahun, ‘kejayaan’ negara yang paling ketara ialah kehebatannya melahirkan rakyat yang berhutang keliling pinggang untuk menjayakan diri dan keluarga. Berjaya cemerlang ke universiti, namun yang menunggu mereka ialah puluhan ribu hutang PTPTN. Kemudian di awal alam pekerjaan mereka, hutang rumah, kereta dan sara hidup mengetuk di pintu dompet. Ini adalah ‘penjara alam baru’ buat rakyat hari ini meskipun sumber asli yang ada di Malaysia menjadi kecemburuan dunia.

Lihatlah nasib peneroka Felda hari ini yang dijanjikan mimpi indah ketika kerajaan mahu membawa FGV ke Bursa Malaysia. Kini, mereka berhutang untuk membayar saham yang dijanjikan keuntungan berganda. Pemilikan saham itu bertukar menjadi mimpi ngeri dan memeritkan kehidupan bersama hutang membaiki rumah, kos tanam semula, hutang sara hidup dan pelbagai jenis hutang yang lain.

Bagi rakyat marhaen – apalah erti kemerdekaan – kalau rakyat terus dipenjara dengan hutang bertimbun sehingga masih ada anak bangsa Malaysia yang kelaparan dan terpaksa menangguh pengajian kerana kesempitan hidup keluarga?

Di saat kepimpinan negara bergelut bagi menjawab dana negara di 1MDB yang diselewengkan dan asal usul dana RM2.6 billion di akaun Perdana Menteri dan bagaimana ia telah dibelanjakan, rakyat berpendapatan sederhana dan miskin pula bergelumang dengan kos hidup yang sangat membebankan.

Merdekakah jiwa kita bagi menuntut sebuah perubahan total demi masa depan negara? Adakah keadaan perlu lebih tenat lagi sebelum rakyat marhaen, terutamanya yang di luar bandar dan Felda dapat bangkit menuntut perubahan? Cuma saya bimbang, apabila situasi itu tiba, ia sudah terlambat kerana negara sudahpun tergadai di tangan mereka yang tergila-gilakan kuasa, Ringgit dan ketakutan mereka dihumban ke dalam penjara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1 September 2015

0 comments:

Pijak Gambar Tokoh Ulamak : Penganjur Bersih 4.0 didesak beri penjelasan

Sungguh biadap apabila imej Tuan Guru Presiden PAS merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia dipijak-pijak berulang kali oleh individu demostran dalam Bersih 4.0.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan memberi amaran agar jangan melampaui batas dalam perbezaan pandangan. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun individu demostran yang memijak berulang kali imej Timbalan Presiden Ulamak Sedunia kerana ianya juga merupakan penghinaan kepada institusi ulamak yang menjadi rujukan umat Islam.

Kami mendesak supaya penganjur Bersih 4.0 memberikan penjelasan dan individu yang terlibat diheret ke muka pengadilan kerana ianya boleh mencetuskan perbalahan agama dan kaum memandangkan Tuan Guru Presiden PAS bukan sahaja tokoh agama di Malaysia bahkan diperingkat antarabangsa.


Khaibar ! Khaibar !


Nazmi Nik Din,
Ketua Penerangan,
Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
1hb September 2015

0 comments:

Insiden Terpencil Penghinaan Terhadap Presiden Dalam Himpunan Bersih


KENYATAAN MEDIA
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

INSIDEN TERPENCIL PENGHINAAN TERHADAP PRESIDEN DALAM HIMPUNAN BERSIH

Dewan Ulamak PAS Pusat meneliti dengan prihatin insiden memijak gambar Presiden PAS yang rakaman videonya sedang viral di alam maya. Gambar Presiden PAS pula digambarkan secara berniat jahat dan fitnah menggunakan kaedah "super-impose" berdakap dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Insiden ini meskipun kecil dalm satu himpunan besar seperti BERSIH dan diperlakukan oleh mungkin anak-anak muda yang agak beremosi mengajak kita para pemimpin utama politik untuk menilai pendekatan dan batasan masing-masing dalam mengemukakan perbezaan pandangan dan pendapat termasuk dalam berpolitik.

Menjadi kewajipan setiap pemimpin utama mana-mana parti politik untuk mendidik ahli membezakan antara perbezaan pendapat dan penghinaan terhadap peribadi seseorang.

Penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka. Akhirnya ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat.

Oleh itu penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu. Apa yang perlu dikembangkan sebagai gantinya ialah politik ilmu dan politik hujah.

Sekian.
Dato' Dr Mahfodz bin Mohamed
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Selasa 17 Zulkaedah 1436 H / 1 hb September 2015

0 comments:

1BestariNet atau SchoolNet punca Sekolah Bestari gagal?

PADA tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif dengan teknologi sebagai pengupaya telah menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah  Bestari diwujudkan sebagai satu daripada  Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sedutan ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, menyebut “Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.” Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ‘flagship application’ dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia.

Konsep Sekolah Bestari

Dokumen asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat.

Sekolah Bestari Malaysia atau Malaysian Smart School ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat.

Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.

Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak ke arah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.

Pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Oleh itu, penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.

Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah.

Syarikat usahsama, Telekom Smartschool Sdn. Bhd  yang terdiri daripada tujuh syarikat tempatan telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk membangunkan system bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari ini dalam tempoh tiga tahun.

Kalau tidak silap ingatan saya, selain TMSmart School Sdn Bhd, ada tiga lagi  syarikat antarabangsa yang terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ialah seperti berikut:  BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd, Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn.Bhd dan NIIT Malaysia Sdn Bhd

Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Pada tahun 1999, 90 buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Kedua, aspek latihan kepada guru-guru amat penting. Ketiga, aspek bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan.

Kegagalan 1BestariNet dan SchoolNet

Telekom Malaysia menjadi kontrakor utama membekalkan infastruktur telekomunikasi kepada Projek SchoolNet yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem dan peralatan bukan-IT melalui anak syarikatnya Telekom SmartSchool Sdn Bhd.

Talian School Net yang dibekalkan mengalami banyak masalah terutama capaian internet. Dengan kelajuan 1 mbps, mana mungkin boleh digunakan oleh satu sekolah yang jumlah pengguna melebihi 100 guru dan murid. Capaian internet dikatakan kerap terganggu, terputus beberapa kali sehari menjadi perkara biasa ditambah pula dengan kelembapan untuk melayari internet.

Mulai tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menamatkan perkhidmatan talian SchoolNet secara berperingkat. Surat pemakluman dihantar kepada pihak sekolah dan tinjauan tahap kepuasan hati pengguna (sekolah) turut dijalankan sejak tahun 2010. Selepas itu, kerajaan menganugerahkan projek 1BestariNet kepada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyediakan akses internet dan pembelajaran maya.

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama YTL Communication telah memperkenalkan 1BestariNet, pengganti kepada SchoolNet yang diharap mampu mengatasi permasalahan yang kian lama wujud. Talian yang menggunakan teknologi 4G atau tanpa wayar telah diperkenalkan ke seluruh negara.

Kalau tidak silap maklumat yang diberikan kepada saya oleh rakan-rakan yang terlibat, Setiap sekolah sekolah dibekalkan dengan empat set zoom untuk dipasang di tempat-tempat yang sesuai. Contohnya di pejabat pentadbiran, bilik guru dan makmal komputer. Satu set zoom, dijadikan simpanan jika berlaku kerosakan bagi mana-mana zoom yang dipasang. Melalui Zoom yang dibekalkan iaitu alat yang berfungsi sebagai pemancar wifi kepada pengguna, guru-guru dan pelajar boleh membuat sambungan ke internet.

Pada peringkat awal pemasangan talian 1BestariNet, iaitu semasa pengujian pada bulan Mac 2012 kelajuan sungguh luar biasa. Melalui speed test yang dijalankan, download speed ialah 15 mbps dan upload speed hampir 8 mbps. Tetapi kemudiannya kelajuan capaian internet mula merudum dan kerap terputus. Akses 1BestariNet di sekolah pula diberikan kepada pelajar melalui Wifi. Apabila hujan, ia tak dapat digunakan.

Untuk rekod, kita mendapat maklumat Projek 1BestariNet adalah untuk tempoh 15 tahun berjumlah RM4.077 billion secara keseluruhannya. Masalah yang dihadapi oleh 1BestariNet ini setelah dua setengah tahun, tidak semua sekolah dapat disiapkan dengan perkhidmatan tersebut. Pada akhirnya, YTL hanya menerima RM663 juta dan telah didenda sebanyak RM2.4 juta kerana gagal melengkapkan keseluruhan 10,000 buah sekolah seperti di dalam kontrak perjanjian.

Malah ada yang menyebut, ia lebih teruk daripada zaman SchoolNet dulu. Akhirnya, 1Bestari menghadapi masalah yang sama seperti SchoolNet beratus juta wang kerajaan ‘hangus’ begitu sahaja tanpa manfaat yang jelas kepada sekolah.

Saya tidak terlibat secara langsung tentang Projek Sekolah Bestari ini. Tetapi semasa saya berkhidmat dengan Telekom Malaysia dahulu, saya terlibat juga sedikit sebanyak di peringkat awal. Malah CEO TM Smartschool Sdn Bhd adalah bos saya dan juga CEO selepas itu juga adalah kawan-kawan saya. Jadi yang tidak bercadang menulis lebih daripada ini walaupun ada lagi maklumat yang saya tahu.

Saya tinggalkan dulu perkara ini kepada pembaca semua untuk memberikan maklumat tambahan.  Jika kita melihat hasrat menyediakan Sekolah Bestari ini, dimanakah silapnya? Adakah ia silap perancangan atau silap perlaksanaan?.

Penulis adalah Pengarah IT Pas Pusat.

0 comments:

Perhalusilah akhlak kerana akhlak itu adalah dakwah

17 Zulkaedah 1436H
01 September 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Perhalusilah akhlak kerana akhlak itu adalah dakwah..

وأخرج الترمذي وابن حبان وصححاه وهو عند البخاري في " الأدب المفرد " من حديث أبي هريرة :
" سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة , فقال : تقوى الله وحسن الخلق "

Daripada Abu Hurairah RA:
"Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

(ألا أخبركم بأحبكم إلى الله وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة قالوا بلى يا رسول الله قال أحسنكم خلقا)
اخرجه ابن حبان في صحيحه

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu yang paling dikasihi Allah di kalangan kamu dan yang paling dekat kepada ku tempat duduknya pada hari kiamat? Mereka berkata: Bahkan wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah: Yang paling baik akhlaq di kalangan kamu".
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

ألا أخبركم بمن تحرم عليه النار تحرم على كل قريب هين لين سهل
رواه الترمذي

Mahukah aku khabarkan kepada kamu dengan orang yang diharamkan neraka atasnya, diharamkan atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), ringan, lembut dan mudah (dalam pergaulan).
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت
[ متفق عليه ]

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia bercakap yang baik atau hendaklah berdiam diri".

Muttafaq 'alaih

عن أنس قال : لقي رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا ذر فقال : يا أبا ذر ألا أدلك على خصلتين هما أخف على الظهر ، وأقل ( في الميزان ) من غيرهما ؟ قال : بلى يا رسول الله ،{ قال عليك بحسن الخلق ، وطول الصمت ، فوالذي نفسي بيده ما عمل الخلائق بمثلهما } .
أخرجه ابن أبي الدنيا والطبراني والبزار وأبي يعلى بإسناد جيد

Daripada Anas bin Malik: Rasulullah SAW bertemu dengan Abu Dzar;

"Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang kedua-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya daripada yang lain. Abu Dzar berkata; Ya. Baginda bersabda: Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu".

Justeru, perhalusilah pandangan mata hatimu terhadap diri sendiri...
~Hijau

0 comments:

ALASAN-ALASAN DARI PARA PENDOKONG BERBILANG JAMAAH

Petikan dari kitab Tasawwur Asasi Gerakan Islam (1981) tulisan Al-Fadhil Sheikh Dr Fathi Yakan (February 9, 1933 – June 13, 2009) terbitan Dewan Pustaka Fajar ;

Bahagian Keempat :Edisi cetakan pertama 2004.

4.2 ALASAN-ALASAN DARI PARA PENDOKONG BERBILANG JAMAAH.
Orang-orang yang suka dengan kewujudan banyak jamaah dan orang-orang yang bertanggungjawab melahirkan kerja-kerja Islam melalui banyak jamaah dan orang-orang yang mewujudkan pembaharuan pertubuhan dan kumpulan Islam, sengaja memberikan alasan-alasan terhadap perbuatan dan tindak tanduk mereka terhadap perkara ini, di mana hampir kesemua alasan-alasan ini menjadi satu, di antaranya;
1. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang terdahulu telah tersasar dari arah tujuannya dan tidak mampu lagi mencapai matlamat-matlamat keIslaman yang diperjuangkan.
2. Pertubuhan-pertubuhan dan kumpulan-kumpulan itu lebih menitikberatkan satu sudut sahaja.
3. Dalam pertubuhan dan kumpulan itu terdapat banyak kekeliruan dan persoalan-persoalan besar yang tidak terjawab.Mewujudkan pertubuhan baru akan membebaskan orang-orang bekerja dalam pertubuhan itu dari kekeliruan dan persoalan tersebut.
4. Pertubuhan dan kumpulan itu terlibat dalam banyak kesalahan.

4.3 SEKARANG APAKAH NATIJAHNYA?
Sekiranya kita mengkaji dan menyelidik tentang alasan-alasan ini, setelah lahir pertubuhan kedua,ketiga,keempat dan seterusnya, adakah benar jamaah pertama itu telah terpesong dari tujuan-tujuannya? Apakah pertubuhan-pertubuhan yang sentiasa lahir itu telah berjaya mencapai tujuan yang tidak dapat dicapai oleh pertubuhan yang pertama dahulu? Apakah kesemua pertubuhan baru ini terselamat dari kekeliruan dan kesalahan setelah is wujud di alam nyata?
Satu kenyataan pahit yang telah kita saksikan ialah kesemua alasan-alasan yang diberikan itu telah runtuh serentak selepas setiap kali pertubuhan baru di medan Islam.
1. Segala cabaran dan kekeliruan yang disangka oleh apa juga pertubuhan dapat selamat darinya,sebenarnya ia telah dijangkiti oleh cabaran dan kekeliruan secara total. Sesungguhnya pertubuhan itu tidak terfikir bahawa Islam itulah yang pada asasnya menjadi tujuan dan objektif.Orang-orang yang bekerja untuk Islam atas apa juga nama dan penamaan mereka tetap akan sama berhadapan dengan apa yang berlaku di hadapan.
2. Keaiban (keburukan) yang dilihatnya pada orang lain menjadi satu tuduhan pula baginya apabila ia bergiat di bidang tersebut.Sesungguhnya , pendahuluan yang membenarkan wujudnya banyak jamaah telah mendedahkannya kepada apa yang dinamakan "gerakan pembetulan" dan kebanyakannya merupakan kerja syaitan sebab tindakan itu lebih banyak membawa perpecahan dan perselisihan.
3. Akhirnya jika sekiranya kita melihat pertubuhan-pertubuhan yang dilahirkan ini dan gerakan-gerakan pembetulan yang diwujudkan itu, kita dapati kerja-kerjanya tidak lebih dari apa yang telah dicapai oleh pertubuhan pertama yang dilahirkan pertubuhan-pertubuahn itu.
Kalaulah demikian keadaannya, apakah yang diperolehi oleh Islam dari gejala bermacam-macam jamaah itu?Apakah apa-apa hasil yang belum dicapai oleh tanzim yang pertama berjaya dicapai oleh jamaah kedua, ketiga dan keempat?


4.4 KESAN-KESAN DARI BANYAKNYA BILANGAN JEMAAH KE ATAS ISLAM DAN UMATNYA.
Masalah berbilangan jamaah bukan sekadar tidak ada faedah yang dicapai dalam lingkungan amal Islami sahaja, malah ia meninggalkan kesan, yang buruk di medan Islam. Di antara kesan-kesan ini misalnya:
1. Ia telah memberi banyak peluang kepada orang-orang Islam berbuat alasan untuk lari dari menjadi anggota gerakan.Kerana mereka merasa bingung terhadap arah hala yang banyak itu.
2. Ia telah memecahbelahkan kekuatan Islam dan melemahkannya.Jadi, banyak bilangan itu sama sekali tidak menjadi satu faktor memajukan amal Islami bahkan menjadi satu faktor memundurkannya dan mengasingkannya serta menimbulkan keraguan terhadapnya.
3. Memudahkan musuh-musuh Islam menghapuskan arah hala Islam dengan memencilkan tiap-tiap satu gerakan tadi dan ia tidak menjadi perangsang gagah berhadapan dengan cabaran yang besar.
4. Melahirkan rasa sensitif di kalangan pengikut-pengikut pertubuhan.Menyebabkan lebih terpencil dan fanatik setiap anggota kepada pertubuhan itu sahaja.Selain dari itu, kenyataan tersebut menyebabkan permusuhan yang terjadi adalah di antara sesama pengikut, bukan antara mereka dengan musuh-musuh Islam itu sendiri.
5. Kesemua kerja ini menyebabkan ia mundur dan terkebelakang dan tidak satu pun yang sampai ke matlamatnya.Semua keadaan tersebut merupakan kerja yang menyebabkan kelambatan, kemunduran malah tidak satu dari tanzim tersebut mencapai sasarannya dan menepati matlamat yang telah mereka sendiri tetapkan.
~Hijau

0 comments:

Hudud: Umno bukan tipu PAS, tapi tipu Allah

Hudud: Umno bukan tipu PAS, tapi tipu Allah

SUBKY LATIF | 29 Ogos 2015.


ATAS apa sebab jua Umno telah mengaku pada PAS, ia bersedia menyokong Kelantan melaksanakan enakmen hudud kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2 dipinda.
    
PAS pun bersangka baik, moga-moga ia satu peluang untuk melaksanakan apa yang sudah tertangguh kira-kira 20 tahun itu.
    
Bukanlah itu betul bendul macam Pak Pandir, percaya sangat pada Umno. Tetapi mana tahu jika Umno kali ini berjurus. Maka Dun Kelantan membentangkan pindaan. Kesemua Adun BN menyokong.
    
Tetapi atas masalah mereka sendiri, kerajaan BN enggan membentangkan perkara itu di Parlimen. Alternatifnya ialah PAS sendiri mmbentangkannya sebagai usul persendirian. Sudah beberapa kali Parlimen bersidang, usul persendirian PAS belum jadi agenda Parlimen.
    
Ada orang kata PAS ditipu Umno lagi, termasuk orang PAS yang tidak yakin Umno berjurus atas isu itu merasakan PAS sudah ditipu Umno. Dan jika usul itu dapat dibentang di Parlimen belum tentu ia disokong oleh Umno.
    
Ketua penyokong kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Samad telah membayang, ia tidak mandatori bagi Umno/BN menyokongnya. Inividu Umno boleh memilih menyokongnya ataupun tidak menyokongnya. Perdana Menteri dan menteri yang berjanji pada PAS dulu Datuk Jamil Khir Baharom membisu.
    
Boleh dikira kenyataan Shahrir itu yang mungkin jadi sikap Umno. Maka bolehlah sekarang orang mengira pemimpin PAS sudah ditipu Umno.
    
Kiranya betul Umno tipu PAS, apakah PAS kecewa dan putus asa? Dan menyesal mempercayai janji Umno dulu?
    
Tidak wajar kecewa jika Umno tidak menunaikan janjinya. Percaya kita pada janji Umno itu tidaklah sama percaya kita kepada pada janji Allah dan Rasul-Nya. Percaya kepada Allah dan Rasul itu justeru iman. Percaya kepada manusia bergantung kepada keadaan. Tetapi apabila ada hamba Allah menyatakan hasrat untuk menyokong sesuatu baik khususnya atas perkara Islam, tidak  wajar tidak mempercayainya seratus peratus.
    
Adakah Rasulullah SAW percaya 100 peratus kepada musyrikin Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah tidak akan mengkhianatinya? Adakah baginda yakin sangat pada munafiqin pimpinan Abdullah bin Salul yang berjanji untuk bersama dalam perang Uhud? Tetapi baginda tidak menyatakan kepada mereka segala yang dijanji itu tipu belaka.
    
Dalam suasana itu baginda berani memberi harapan dan menyembunyikan keraguan. Mana tahu kalau pintu hatinya sudah terbuka.
   
Percubaan mempercayai Umno itu justeru akar umbi Umno mahukan hudud. Sebelum hudud yang PAS sebut itu dikira hudud PAS saja, bukan hudud yang Allah perintah. Sekarang sudah ada Umno yang yakin hudud PAS itu hudud sebenar. Kita terima janji itu kerana menghormati Umno akar umbi menyatakan mahukan hudud. Jika PAS tidak menghormati mereka, maka nanti rakyat atas pagar yang beriman kepada hudud akan menempelak PAS tidak mahu melaksanakan hudud yang sudah Umno kata kehendaki. Fitnah tidak mempercayainya lebih besar daripada fitnah mempercayainya.
   
Apalah ruginya PAS jika ditipu Umno? Banyak contoh dalam ajaran Islam betapa orang munafik kata sesama sendiri mereka tipu Nabi. Ramai kata Nabi berbohong. Mereka bukan tipu Allah dan Nabi-Nya tetapi mereka tipu diri sendiri.
   
Jika Umno tipu PAS, seronok sangatkah dapat menipu PAS? Mereka bukan menipu PAS tetapi mereka tipu diri mereka sendiri.
    
Dengan tunjuk percaya pada janji Umno itu bukan satu isyarat bagi PAS masuk dan menyokong Umno. Sekalipun Umno beri matahari di tangan kanan PAS dan beri bulan di tangan kirinya, untuk  tunduk pada Umno tunggulah anjing berkepak. – HARAKAHDAILY 29/8/2015
~Hijau

0 comments:

Kupasan Tafsir Surah An-Nur

Kupasan Tafsir Surah An Nur Anjuran Dewan Muslimat
Hijau Crew

0 comments:

Isu pembangunan yang melibatkan perkampungan warisan

Pada 19 September 2014, selaku perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Iszuree mempersoalkan mana-mana pembangunan yang melibatkan perkampungan warisan sama ada melayu atau pun bukan melayu, nasib mereka perlulah dibela oleh sebuah Kerajaan Baru yang menang dalam PRU ke 11 pada 2008 yang dipilih rakyat dan tidak sepatutnya bersikap yang sama diambil dengan pentadbiran BN yang mengambil sikap mengabaikan masalah rakyat dan penduduk dengan beralasan memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.

Polisi kelulusan pembangunan yang disyaratkan oleh MBPP dan Kerajaan Negeri kini masih mengunakan kaedah lama iaitu pemaju perlu menyelesaikan masalah penduduk "setinggan" di atas tanah pembangunan sebelum kelulusan diberi oleh MBPP . Syarat ini perlu digubal semula dan diubah dengan mensyaratkan Pemaju perlu menyerap penduduk (yang telah bermastautin lebih dari 30 tahun dengan pelbagai aktiviti sosio ekonomi) di kawasan berkenaan dengan menyediakan unit rumah ganti rumah yang bersesuaian di kawasan berkenaan atau dalam perlingkungan kawasan pembangunan tersebut.

Ini akan menggelakkan masyarakat yang telah diwarnai dengan budaya setempat dari dihakis atau dihalau dari kawasan berkenaan. Contoh yang terbaik adalah di George Town di mana kesan pembangunan yang tidak mengambil kira faktor sosio ekonomi dan kebudayaan setempat menyebabkan orang melayu tertindas dan termasuk hilangnya jemaah di Masjid Melayu Jalan Acheh yang tidak mampu menjalankan solat jumaat berjemaah yang terpaksa bergilir dengan Masjid Kapitan Keling.

Kerajaan Negeri tidak langsung berusaha untuk menunaikan manifesto yang dijanjikan pada PRU13 di bawah tajuk WARISAN di mana di dalam manifesto berkenaan Kerajaan Negeri berjanji untuk mewujudkan perlingkungan sempadan perkampungan warisan melayu mahupun bukan melayu contohnya Kampung Batu Uban, Tanjung Tokong, Kampung Mutiara , Kampung Siam, Kampung Ceti dan tiada usaha langsung dibuat setelah janji itu disepakati oleh tiga Parti.

Sebaliknya, Kampung Ceti yang majoriti hampir 90% masyarakat bukan melayu di Batu Feringgi dibela dalam membantu mereka untuk menyelesaikan kemelut perumahan bila dilanda pembangunan. Begitu juga Kampung Siam di Pulau Tikus yang terdiri dari masyarakat Siam menghadapi tindakan makamah untuk diusir dari kawasan yang mereka duduki sejak kurun ke 18 lagi telah dibantu oleh Kerajaan Negeri.

Kenapa tidak pula dibantu oleh Kerajaan Negeri ke atas penduduk Kampung Mutiara dan Kampung yang dihuni oleh masyarakat melayu Islam. Ini menunjukkan amalan yang tidak mencontohi slogan dibawa oleh Kerajaan Negeri Sendiri iaitu CAT(Cekap-Akauntabiliti-Telus).

Jika mereka ikhlas, Kerajaan Negeri yang juga dipimpin oleh TKM 1, YB Dato Rasyid Hasnon perlu tampil menangani isu orang melayu seperti mana beliau pernah berjanji suatu ketika dulu bila mana dilantik sebagai TKM 1 bahawa masalah orang melayu adalah masalah beliau juga dan beliau mendakwa bahawa beliau umpama Ketua Menteri kepada orang melayu dalam suatu ceramah di Pulau Pinang.

Iszuree Ibrahim
Pengerusi Hal Ehwal Peneroka Bandar Lajnah Tanah PAS Pusat dan Merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
1 September 2015 bersamaan 17 Zulkaedah 1436H

📌 Like FB RASMI : Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
https://facebook.com/paspenang

#Like
#Share
#Comments
#PAS
#Beristiqamah_Hingga_Kemenangan

=========================

Dihantar oleh: SU_JITNPP

Langanilah https://telegram.me/PASPenangBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
Hijau Crew

0 comments:

Usrah - Batas-batas iman dan kufur

📝 catatan usrah 📝

Batas-batas iman dan kufur .

Telah diketahui bahawa pintu untuk masuk Islam dan menjadi muslim ialah mengucapkan dua kalimah syahadah. Apabila seseorang membuat pengakuan dua kalimah syahadah dengan hati dan di ikrarkan dengan lidah serta dilakukan dengan anggota maka barulah ia menjadi seseorang Islam atau muslim. Jadi ucapan syahadah dapat membezakan antara seorang islam dengan seorang kafir. Namun seseorang islam tidak akan kekal sebagai seorang islam sehingga akhir hayatnya bahkan ada di antaranya boleh terkeluar dari islam menjadi murtad sama ada disedari atau tidak. Ada empat perkara penting yang boleh membatalkan aqidah/tauhid seseorang iaitu :-
1- keingkaran dan penentang terhadap tauhid Rububiyyah.
2- Keingkaran dan penentang terhadap tauhid asma' wa sifat.
3- keingkaran dan penentang terhadap tauhid uluhiyyah.
4- keingkaran dan penentang terhadap kerasulan Nabi Muhammad Saw dan ajaran yang dibawanya.

* Tauhid Rububiyyah ialah mengaku bahawa Allah swt pencipta alam,mentadbir,mematikan dan menghidupkan sesuatu.
* tauhid asma' wa sifat ialah menafikan sesuatu sifat atau nama Allah swt yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan Rasulnya.
* tauhid uluhiyyah ialah mestilah beriktikad bahawa Allah swt sahajalah yang berhak disembah dengan sebenarnya.
* mana-mana keingkaran dan penentang terhadap kerasulan Nabi Muhammad Saw dan ajaranya melalui iktiqad, kata-kata dan perbuatan boleh membawa kepada murtad dan rosak aqidah.

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langanilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
Hijau Crew

0 comments:

WASPADA CUBAAN MELAGA-LAGAKAN

PIJAK GAMBAR HADI & NAJIB: WASPADA CUBAAN MELAGA-LAGAKAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

BATU KAWAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menasihati semua pihak agar berwaspada menilai setiap gambar yang tersebar dari Himpunan BERSIH 4.0 di mana mungkin bertujuan menimbulkan ketidakharmonian.

"Secara umum begitu, suatu yang diviral di internet ini perlu kepada pengamatan. Saya bimbang mungkin, gambar tu diedit, ataupun tindakan itu hanya dicipta oleh cybertrooper ataupun mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan.

"Jadi kena beri peluang kepada kami untuk dapatkan maklumat yang betullah. Kita belum dapat lagi maklumat yang betul tentang perkara itu. Ada gambar diviral telah sampai pun kepada saya, tapi saya tidak buat sebarang komenlah kepada gambar tersebut.

"Saya harap, harap sangat-sangat, mudah-mudahan benda tu tak betul, sebab kalau betul suatu yang sangat malang, suatu yang sangat malang," ujarnya pada sidang media selepas Munaqasyah Ucapan Dasar Peringkat Negeri Pulau Pinang, di Pondok Turath, Juru di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media berhubung gambar yang tersebar di media sosial di mana memaparkan tindakan seorang demonstran wanita BERSIH 4.0 memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Hijau Crew

0 comments:

Usrah - Tuntutan iman dan tauhid

📝 catatan usrah 📝

Tuntutan iman dan tauhid ini sangat banyak. Diantaranya :
1- Tasdiq atau membenarkan segala apa yang datang daripada Allah Swt dan Rasulnya. Seorang muslim ia mesti membenar dan percaya penuh tanpa syak dan ragu kepada segala apa perkhabaran yang datang daripada Allah Swt dan Rasul-nya sama ada yang terkandung dalam Al-Quran atau dalam hadis. Mereka mempunyai bahawa segala perkara yang bukannya dari Allah Swt dan Rasul-nya adalah palsu. Allah Swt berfirman :

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ 

(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan)

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ 

Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? 

Surah Al-tin ayat 7-8.

Taat kepada Allah Swt dan taat kepada Rasul-nya Saw. Maka ia akan tunduk dan patuh kepada perintah-perintah Allah Swt dan Rasul-nya. Ia telah berhati-hati dalam melaksanakan amalan-amalan supaya selalu bersesuaian dengan kitab Allah Swt dan sunnah Rasul-nya. Allah swt berfirman :

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا 

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langanilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

0 comments:

JEMPUTAN KE KONGRES RAKYAT

JEMPUTAN KE KONGRES RAKYAT : MEMBINA MALAYSIA SEJAHTERA

Tarikh : 12 September 2015
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang

Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

https://www.facebook.com/events/546319222183689/

0 comments:

Program Sambutan Kemerdekaan DACS 2015

Program Sambutan Kemerdekaan DACS Dewan Pemuda

Alhamdulillah. Dua program DACS hari ni bagi sambutan Kemerdekaan:
(1) Cycling Merdeka
(2) Joran Merdeka

Jazakallah kpd Ust. Abduh yg sudi hadir dan sportingly we-fie bersama anak-anak muda

Dihantar oleh: DPPMBot

Langanilah https://telegram.me/DPPMbot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
--
Sent from my Android device with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

0 comments:

Homeless Professionals Round Table Discussion


Round table discussion over Teh Tarik to discuss various pertinent questions especially those concerning Young Professionals.

0 comments:

Google marks National Day with ‘teh tarik’ doodle


.
KUALA LUMPUR: Google Malaysia commemorated this year's National Day with a “teh tarik” doodle. 
On its welcome page Monday, the world "Google" had some alphabets made up of the Jalur Gemilang except for the double “O”, which carried the crescent and moon design, accompanied by two mugs normally used when making “teh tarik". 
Why "teh tarik"? Google explains, "Deep within a Malaysian street market, a teamaker spins a metal cup towards the sky. In mid-air, he turns it just so, and out pours a hot mix of tea and condensed milk. The drink speeds towards the ground - until another cup swoops in, scooping it out of the air. The tea is saved, and the wide-eyed crowd bursts into cheers!

"This is the ritual of 'teh tarik,' the national drink of Malaysia. Brewed hot, it cools and thickens as it’s slung back and forth between the teamaker’s special mixing cups. It’s not only delicious to drink, but a delight to watch. That’s why we chose it for the Malaysian Independence Day doodle, illustrated by guest artist Alyssa Winans," it said.
.

0 comments:

RM Jatuh : Sediakan Pelan Bantuan Pelajar Malaysia Luar Negara.



1. Ekoran daripada kejatuhan teruk nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat, para pelajar persendirian Malaysia yang menyambung pengajian di luar negara berdepan tekanan kewangan yang tinggi. Ia telah meningkatkan kos yuran pengajian termasuk sara hidup harian mereka.

2. Sekiranya perkara ini berterusan, maka ramai pelajar Malaysia terpaksa menangguhkan pengajian dan pulang semula ke negara ini untuk tempoh masa tertentu. Setakat ini, Kementerian Pendidikan Tinggi belum memberikan apa-apa jaminan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh mereka.

3. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi beberapa hari lalu yang mengambil sikap tidak serius berhubung perkara ini jika dibandingkan dengan Menteri Besar Johor yang telah meluluskan bantuan segera berjumlah RM 2.5 juta kepada para pelajarnya yang menuntut di Mesir dan Jordan.

4. Oleh yang demikian, PAS menuntut agar Kementerian Pendidikan Tinggi wajar mengemukakan inisiatif pelan bantuan terhadap para pelajar Malaysia di luar negara. Pihak kerajaan digesa berunding dengan pihak pengurusan pendidikan di luar negara (G to G) agar masalah kewangan yang sedang dihadapi tidak menjejaskan proses pengajian mereka.

5. Antara cadangan yang difikirkan perlu adalah mengkoordinasi bantuan kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, memberikan jaminan kewangan kepada pihak pengurusan universiti bagi pihak pelajar dan berbincang untuk melanjutkan tempoh pembayaran yuran pengajian bagi tempoh masa tertentu.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tarikh : 12 Zulkaedah 1436 / 27 Ogos 2015

0 comments:

Kongres Rakyat: Membina Malaysia Sejahtera



1. Dalam lambakan masalah yang melanda negara mutakhir ini, golongan anak muda khususnya mahasiswa perlu mengambil langkah inisiatif bagi memulihkan semula negara ini. Sejajar dengan tema "Membina Malaysia Sejahtera" maka mahasiswa perlu memikirkan masa hadapan generasi muda bagi membantu golongan ini mengecapi kehidupan yang lebih sejahtera pada masa akan datang.

2. Kongres rakyat yang akan berlangsung pada 12 September nanti merupakan platform terbaik mahasiswa untuk menyalurkan sumbangan idea dan draf cadangan selaku wakil anak muda dalam kalangan rakyat. Ianya juga menunjukkan bahawa mahasiswa merupakan golongan minda kelas pertama yang mampu mendatangkan solusi sekaligus merangka dasar dan polisi negara selain daripada entiti third force serta 'check and balance ' ataupun turun berdemontrasi dijalanan.

3. Mahasiswa perlu memimpin generasi muda khususnya dalam menyelesaikan masalah ekonomi dan politik negara yang kian meruncing. 1MDB, TPPA, Tabung Haji, KWAP,KWSP, MARA, Sistem Kehakiman, SPRM dan banyak lagi isu yang melanda negara ini.

4. Mahasiswa juga perlu memberikan solusi bagi menangani masalah mahasiswa. Isu kebebasan akademik, AUKU dan PTPTN antara elemen yang perlu diberikan penekanan. Bertepatan dengan isu yang baru sahaja berlaku keatas dua orang mahasiswa UIA yang dikenakan hukuman gantung selama 2 semester.

5. Mahasiswa merupakan bakal kepimpinan negara kelak, justeru adalah sangat wajar jika mahasiswa sendiri mula membincang dan merangka sekaligus dapat menyelesaikan masalah negara ini. Kita tidak mahu generasi mendatang khususnya anak muda pada hari ini dijadikan korban akibat daripada kebobrokan kepimpinan negara. Oleh kerana itu mahasiswa perlu melihat kerangka perjuangan yang lebih besar selain daripada perjuangan dalam konteks mahasiswa semata-mata.

Mohd Imran Md Ishak

Presiden GAMIS

AJK Kongres Rakyat

0 comments: