Cadangan Untuk Atasi Krisis Ekonomi


Berita Daily : Apa langkah yang patut diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengatasi krisis ekonomi ?

Jawapan oleh : Nasrudin Hassan (Ketua Penerangan PAS Pusat)

1. Kita terpaksa akui bahawa ekonomi negara tidak mempunyai dasar induk yang menjadi paksi kepada integrasi secara horizontal dan vertical. Apabila dasar induk hilang, maka segala cabangnya bermasalah. Apatah lagi negara kita sudah berada dalam sistem yang kompleks dan tempang sejak sekian lama. Bagi memulihkan ekonomi, ia memerlukan perubahan berfasa dalam tempoh masa yang panjang.

2. Saya cadangkan supaya kita kembali kepada sistem dan falsafah ekonomi Islam yang asasnya mengharamkan riba - menghalalkan jualbeli, menolak monopoli, kezaliman dan penindasan dalam urusan ekonomi, rasuah, penipuan dan sebagainya.

3. Pulihkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keadaan politik negara. Selesaikan isu-isu besar yang sedang berlaku seperti 1MDB, dakwaan rasuah serta elak campurtangan politik dalam siasatan. Perdana Menteri boleh ambil cuti rehat bagi memberi laluan siasatan telus.

4. Ambil tindakan proaktif keatas penyusutan nilai eksport Jan-Jun berbanding tempoh yang sama tahun lepas. eksport sepatutnya meningkat. Begitu juga sektor perlancongan yang dilaporkan menurun jumlah pelancong pada suku pertama tahun ini.

5. Kecilkan perbelanjaan pentadbiran kerajaan dan hentikan keraian yang tidak perlu. Berjimat cermat dalam mengurus dana negara.

6. Mengadakan sistem pengecualian cukai GST ke atas pembelian yang dibuat oleh golongan miskin dan miskin tegar melalui sistem aplikasi MyKad. Ambil model MyKasih.

7. Merangsang permintaan domestik dengan cara menurunkan item yg menjadi faktor kepada gandaan kos sara hidup. Kaji item-item yang membawa kepada kesan gandaan besar terhadap lonjakan inflasi.

8. Menyemak semula cadangan untuk menambat ringgit sekiranya ia terus merudum sehingga RM 4.00 / USD 1.00

9. Penguatkuasaan Akta Pencatutan dan Kawalan Harga bagi memastikan tiada peniaga yang tidak terlibat di dalam rantaian kos tetapi cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.

10. Semak semula projek-projek yang tersenarai dalam entry points ETP samada ia beri kesan positif atau negatif.

Sekian

0 comments: