NILAI RINGGIT SEPATUTNYA RM3.70 TETAPI DITUTUP SEMALAM DENGAN RM4.10. KENAPA KITA PERLU BALIK KEPADA ISLAM?


NILAI RINGGIT SEPATUTNYA RM3.70 TETAPI DITUTUP SEMALAM DENGAN RM4.10. KENAPA KITA PERLU BALIK KEPADA ISLAM?

Oleh: Zaharudin Muhammad. 


Nilai sebenar Ringgit Malaysia semalam sepatutnya sekitar RM3.70 tetapi disebut harganya pada kadar RM4.10 pada tukaran USD1 ketika ditutup semalam. Sebenarnya ia sangat rendah berbanding sebelum ini sekitar RM3.30 sahaja. Ada 2 peringkat masalah, iaitu (1) penurunan daripada RM3.30 kepada RM3.70 pada nilai sebenar semalam, (2) penurunan secara sentimen daripada RM3.70 kepada RM4.10. 


Ada 3 faktor penting naik turun matawang sesebuah negara:

1. Jumlah aktiviti ekonomi berguna atau jumlah barangan berharga sebenar. Seperti kita mempunyai sawit, kereta, padi, minyak dan lain-lain. 

2. Jumlah cetakan umum wang kertas negara. Yang ini tugas Bank Negara untuk memantau cetakan matawang. 

3. Kepantasan pusingan matawang atau kepantasan perpindahan wang dari tangan ke tangan. Dalam ekonomi, ia dikenali sebagai the velocity of the money.


Ketiga-tiga faktor di atas boleh dikatakan punca kepada penurunan nilai daripada RM3.30 kepada 3.70 bagi USD1 dan disebut nilai tukarannya pada kadar RM4.10 ketika penutupannya. Kenapa jatuh ditimpa tangga? Ringkasnya, penyusutan daripada RM3.30 kepada RM3.70 adalah disebabkan 3 faktor di atas manakala penyusutan nalai sebenar sebanyak RM3.70 kepada nilai sentimen sebanya RM4.10, iaitu susut sebanyak sekitar 10%, adalah disebakan oleh faktor tambahan iaitu sentimen. 

Sentimen termasuk spekulasi dan ketidak stabilan unjuran masa depan terutamanya apabila berlakunya isu-isu ekonomi yang melibatkan politik, seperti isu 1MDB yang diparahkan dengan responsif yang tidak seimbang dengan dilihat isu ini membawa huru hara negara dan sebagainya.  

Apabila ini berlaku, pelabur akan takut dan seterusnya menarik modal mereka ke negara lain, terutamanya sekarang Amerika dikatakan akan menaikkan Interest Rate dan China sudah menurunkan matawang Yuan. Dua faktor ini adalah penarik kepada pelabur luar untuk alihkan modal mereka dari Malaysia  ke sana. 

Memang kita serba salah, tidak jatuhkan kerajaan maka suasana ini berterusan, jika jatuhkan kerajaan secara demonstrasi dan lain-lain bentuk yang menimbulkan persepsi ketidak stabilan seterusnya memburukkan lagi suasana ekonomi. Jika buat demonstrasi pelabur akan lari, jika tak buat demonstrasi mungkin penyelesaian akan lagi perlahan. 

Hari ini, siasatan lambat, tidak telus, boleh diragui keputusannya. Kenapa lambat, sebab kes terlalu banyak dan pendakwaan bersifat ekslusif. Kenapa tidak telus? Kerana penyiasat mempunyai interest / kepentingan dengan mereka yagn disyaki. Kenapa boleh diragui, sebab semua yang berkaitan seperti SPRM, PAC, Polis, Gabenor BNM adalah orang yang dilantik oleh mereka yagn disyaki terlibat. 


Penyelesaiannya? Balik kepada Islam justeru: 


1. Sesiapa sahaja boleh mendakwa Najib jika mereka perolehi bukti justeru pendakwa dalam islam hak semua orang, hatta kerani di dalam pejabat Najib boleh mendakwa jika ia mempunya bukti. Tapi sekarang, bergantung kepada siasatan SPRM, polis dan lain pendakwaraya yang ekslusif, kes tidak tahu status penyiasatannya tetapi pergerakan politik sentiasa laju di dalam 'menghukum' sesuatu  yang belum diputuskan oleh siasatan. 

2. Jika berlaku siasatanpun, rakyat masih sangsi juteru penyiasat, pendakwaraya dan semua yang berkenaan ada interest dengan kuasa politik khususnya dari segi prosedure perlantikan. Tetapi di dalam perundangan Islam, semua ini bebas dilakukan oleh semua yang berakal, baligh tanpa mengira agama dan bangsa. 

3. Di dalam sistem ekonomi Islam, duit rakyat tidak berpusat di 'top fund' seperti 1MDB dan lain-lain. Tetapi duit rakyat berada di poket rakyat. bezanya, jika orang nak rosakkan ekonomi Malaysia, maka mereka boleh serang 'top fund' seperti 1MDB, reserve negara dan lain-lain. Dua tiga peluru boleh ranapkan ekonomi negara dan merosakkan 28 juta rakyat Malaysia. Berbeza dengan islam, sistem ekonomi 'Bottom Up', atau dengan kata lain, semua wang rakyat berada di dalam saku rakyat, jika orang nak rosakkan ekonomi kita, mereka kena sediakan 28 juta peluru kerana kekuatan kewangan di dalam poket setiap rakyat. 

Sebab itu, pencegahan dan penyelesaian kemelut ini perlu balik kepada sistem Ekonomi dan Perundangan Islam. Islamlah kamu, nescaya kamu selamat, maksud hadis. 



Sekian. 

- Zaharudin Muhammad. 


Nota: Jika ada masa kosong, saya akan jawab yang Dr Rozaimi. Poinnya sangat lemah dan celaru serta non-sequitur. Masa-masa kosong saya yang sangat terhad, maka sekelumit masa yang ada saya nak manfaatkan dahulu untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang penyelesaian ekonomi dan pentingnya Malaysia balik kepada Islam. 


Share dan Like: 
https://www.facebook.com/pages/Zaharudin-Muhammad/312456128784829?ref=tn_tnmn

0 comments: