KOTA BHARU: Jawatankuasa PAS Pusat akan meneliti laporan yang diterima daripada setiap negeri berhubung ahli parti itu yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata perkara itu dibincang nesyuarat yang akan diadakan 11 September hadapan.
“Kalau ada kes dan bukti yang kukuh, mungkin tindakan terhadap yang terlibat akan diambil. Laporan mengenainya akan dibentangkan pada mesyuarat tersebut nanti,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Lembaga Disiplin PAS Pusat ada menerima laporan penglibatan ahlinya dalam GHB.
Bagaimanapun katanya, tindakan hanya diambil berdasar kepada jawatan yang dipegang ahli terbabit dalam wadah baru berkenaan.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kelazimannya tindakan yang bakal diambil dibincang peringkat Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.
Kata beliau jawatankuasa berkenaan akan bermesyuarat membincangkan laporan yang diterima sebelum tindakan lanjut diambil.
Manakala bentuk hukuman mengikut Perlembagaan PAS iaitu pertamanya surat tunjuk sebab, kedua amaran, ketiga gantung keahlian dan keempat pecat keahlian.
“Kita tengoklah bagaimana keputusan mesyuarat itu nanti,” ujarnya.
Menurutnya juga sebahagian besar negeri-negeri telah menghantar laporan kepada Setiausaha Agung PAS mengenai penglibatan ahli dalam GHB.

0 comments: