BANDARAYA KUCHING: Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan kempen “Kamek Ngundi PAS” sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Himpunan Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Sarawak di Hotel Grand Continental, di sini 8 Ogos lalu.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Halim berkata, kempen itu bertujuan menyampaikan kepada masyarakat dan anak muda Sarawak sudah sampai masanya mereka memberi undi dan menjadi pengundi PAS.
“Kita nak sampaikan mesej, “Kamek Ngundi PAS” ini agar mereka tak perlu rasa takut, tak perlu rasa sesuatu yang agak lain kepada parti Islam ini. Kerana semua parti yang terlibat dalam pilihan raya di dalam Malaysia ini adalah parti yang berdaftar. Tidak perlu rasa kekok dan takut untuk mengundi kepada sesebuah parti.
“Maka PAS tampil dengan dasarnya yang jelas iaitulah Islam seperti mana yang Allah Taala nyatakan dalam al-Quran, “Tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan membawa rahmat kepada seluruh alam”.
“Kita nak nyatakan kepada masyarakat negeri Sarawak walaupun sebahagian masyarakat belum kenal PAS, Insya-Allah dengan kempen “Kamek Ngundi PAS” ini, kita akan pastikan seluruh jentera kita akan berjaya masuk ke setiap rumah para pengundi dan memperkenalkan imej sebagai parti PAS,” ujarnya ketika berucap pada himpunan itu.
Beliau menyeru para Pemuda PAS aktif menyantuni para pengundi terutamanya anak-anak muda dengan membawa kempen tersebut.
Ujarnya, Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS kini berada dalam keadaan siap siaga untuk enempuh pilihan raya yang bakal berlaku pada bila-bila masa.
0 comments: