Pemuda PAS Sarawak Lancar Kempen 3B Harakah




Kuching, 8 Ogos 2015- Lajnah Penerangan Pemuda PAS Sarawak telah melancarkan kempen 3B (Beli, Baca, Beri) Harakah bersempena Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Sarawak di Grand Continental Hotel, Kuching. 

Kempen ini bertujuan menyebarluaskan Harakah sebagai ajen penerangan parti di samping menjadi bahan kempen yang efektif. Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak, Abdul Hadi Alias menekankan kepentingan Pemuda PAS sebagai duta penerangan PAS di samping menjadi ajen kebajikan dan jentera pilihanraya yang efektif. 

Kempen ini juga bertepatan dengan gelombang politik terkini yang memerlukan ahli PAS memahami dan mendapat berita daripada lidah rasmi parti. Penyebaran dan pemasaran Harakah di Sarawak masih belum meluas dan diharapkan dengan bermulanya kempen ini, 

Harakah akan berjaya diangkat sebagai lidah rasmi PAS di Sarawak sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya DUN yang tidak lama lagi.

0 comments: