KUALA LUMPUR: "Mulianya orang yang hidup berprinsip, hinanya hidup orang yang tidak berprinsip," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Menurutnya, PAS dihormati oleh kawan atau lawan kerana prinsip yang tidak pernah luntur daripada perjuangan sama ada ketika menang atau kalah.
Katanya, sebagai sebuah parti politik dan gerakan dakwah sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
"Berprinsip bukan bererti kita melampau dalam tindakan sehingga sukar untuk menerima pandangan dan tidak ada ruang untuk berbincang," ujarnya.
Justeru, tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, anjal bukan bermakna orang lain boleh cucuk hidung untuk ikut kehendak orang lain.
"Mungkin untungnya ada, tetapi akan mengalami kerugian untuk jangka panjang jika kita tidak berprinsip," katanya lagi.
0 comments: