Terkini, ringgit diniagakan di paras RM4.10, rekod terendah sejak 1998. Malah, Indeks Bursa Malaysia juga turut menerima tempias kelemahan sentimen terhadap ringgit dan ekonomi negara, apabila terus merudum ke paras psikologi 1,600 mata, kesan penjualan saham-saham utama oleh pelabur asing.
Punca kejatuhan ringgit.
Ini menimbulkan persoalan mengapa prestasi ringgit adalah terlalu lemah berbanding matawang serantau seperti Dolar Singapura, Rupiah dan Baht. Menurut laporan suku ke-2 ekonomi oleh Bank Negara, dalam tempoh setahun (Sept 2014 – Ogos 2015), RM menyusut nilai sebanyak 20.1% berbanding USD, manakala Rupiah hanya menyusut 13.8%, Dolar Singapura 10.7%, dan Baht 9.5%.
Jika kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan faktor luaran semata-mata, khususnya faktor kejatuhan harga komoditi minyak dan sawit yang menjejaskan eksport negara serta faktor prospek pelaburan yang lebih baik di Amerika, sudah pasti peratus kemerosotan nilai ringgit berbanding USD adalah pada kadar yang sama berbanding matawang serantau. Namun, ringgit menyusut dua kali ganda berbanding penyusutan matawang serantau terhadap USD.
Ini membuktikan bahawa, faktor ketidakstabilan ekonomi dan politik negara turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berbanding USD. Justeru, kedudukan Ringgit dan kestabilan ekonomi negara bukan sahaja bergantung kepada angka rasmi KDNK, GST, subsidi dan defisit, tetapi sangat berkait rapat dengan tahap integriti, transparensi dan akauntabiliti di pihak Kerajaan, syarikat berkaitan-kerajaan, dan regulator seperti Bank Negara, Ketua Audit Negara dan Peguam Negara.
Pilihan yang ada.
Bagi membendung kejatuhan nilai ringgit, Bank Negara Malaysia dilaporkan tidak akan menambat ringgit atau memperkenalkan peraturan kawalan modal, seperti dilaksanakan semasa krisis kewangan 1998.
Walaupun situasi ekonomi semasa adalah berbeza dengan situasi pada 1997/98, namun jika krisis keyakinan ini tidak diurus dengan baik, ekonomi negara tidak akan dapat dipulihkan dalam masa terdekat. Kedudukan Ringgit yang telah melebihi paras RM4.00 dijangka akan terus terdedah kepada risiko penyusutan, dengan mengambil kira aspek kestabilan politik dan ekonomi negara dalam masa terdekat, khususnya dalam usaha kerajaan mengurangkan defisit ke paras 3% dan menampung hutang kerajaan yang mencecah 53% kepada KDNK, di samping usaha yang diambil kerajaan dalam menangani isu urustadbir korporat yang membelenggu 1MDB dan seumpamanya.
Dengan tekanan inflasi kesan pelaksanaan GST, Bank Negara dinasihatkan agar tidak menaikkan kadar faedah dalam sistem perbankan dan terus mengambil langkah terkawal dalam kelulusan pembiayaan baru oleh institusi kewangan, yang dikhuatiri akan meningkatkan kos bayaran balik pembiayaan dan menjejaskan hutang isi rumah yang semakin tinggi, dan menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
Kerajaan perlu lebih berdisiplin dalam berbelanja dan mengawal sebarang elemen pemborosan dan ketirisan, antaranya dengan menggunakan pinjaman hanya untuk pembiayaan pembangunan dan bukannya dibelanjakan untuk menampung gaji dan bayaran BR1M, memastikan pendapatan kerajaan cukup untuk menampung perbelanjaan operasi kerajaan, serta mengawal hutang kerajaan supaya kekal di bawah paras 55% KDNK, di samping meningkatkan transparensi dalam setiap polisi dan perbelanjaan kerajaan. Usaha perlu ditingkatkan untuk menarik kembali pelaburan masuk ke dalam negara, khususnya dalam aktiviti perkhidmatan dan pembuatan.
Dalam situasi sebegini, rakyat dinasihatkan untuk meningkatkan produktiviti dan berhemah dalam berbelanja, di samping menyediakan simpanan bagi menghadapi keadaan luar jangka, dan mengelak daripada menambah hutang sediada. Pihak majikan perlu dipantau oleh pihak penguasa, agar tidak mengenepikan kebajikan pekerja dalam keadaan pasaran yang kian mencabar.
Situasi defisit-berkembar yang sedang melanda negara kini, iaitu defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit) menuntut agar pihak kerajaan meningkatkan ketelusan untuk memperbaiki tahap keyakinan rakyat dan pelabur, di samping terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan penuh disiplin, selain mengawal kenaikan harga barang dan kos sara hidup dalam negara.

Syahir Sulaiman.
Pengarah Strategi, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Bertarikh: 14 Ogos 2015
0 comments: