4 PERKARA YANG MENGHALANG DARIPADA KETAATAN


4 PERKARA YANG MENGHALANG DARIPADA KETAATAN


KITAB RISALAH MUZAKARAH 
AL IMAM ABDULLAH AL HADDAD R.A

1.  JAHIL
2.  LEMAH IMAN
3.  PANJANG ANGAN-ANGAN
4.  MAKAN MAKANAN HARAM & SYUBHAH



Al Imam Al Haddad pada mensyarahkan perkara yang pertama iaitu JAHIL, telah menyatakan bahawa Bahaya Jahil pada Perkara-Perkara Fardhu :

-   a) Jahil adalah asal bagi setiap Keburukan dan punca segala Kemudharatan

-   b) Orang yang Jahil akan cenderung untuk meninggalkan Ketaatan dan melakukan Maksiat, sama ada secara suka atau terpaksa

-   c) Seseorang itu akan menjadi Musuh kepada Kejahilannya

-   d) "Tidak ada musuh yang paling aku musuhi daripada Kejahilan" (Saidina Ali R.A)

-   e) Akibat Jahil, seseorang itu akan menentang sesuatu yang dia tidak tahu akan kebenarannya



Maka, Ubat bagi penyakit Jahil ini adalah dengan MENUNTUT ILMU. Tidak ada Penawar bagi perkara ini melainkan dengan adanya Ilmu / Pengetahuan...


Berkata Syeikh Ali bin Abu Bakar R.A :


الْجَهْلُ نَارٌ لِدِينِ الْمَرْءِ يُحْرِقُهُ ، وَالْعِلْمُ مَاءٌ لِتِلْكَ النَّارِ يُطْفِيهَا

"Kejahilan itu adalah Api yang akan membakar agama seseorang itu, dan Ilmu itu adalah Air yang akan memadamkan api (kejahilan) tersebut"


Semoga Allah bebaskan jiwa dan raga kita daripada Belenggu Kejahilan, dan dikurniakan Ilmu yang Bermanfaat...  Amin



Adapun lagi 3 Perkara (Lemah Iman, Panjang Angan² & Makan Makanan Haram, Syubhah) akan dikongsikan pada lain masa, insyaAllah...



وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ


Kuliah Subuh Masjid MATIN
Ustaz Yussaine Yahya

13/09/2015

0 comments: