CATATAN KES SAMAN PERMOHONAN INJUKSI YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS
Tarikh: 28/9/2015
1. Sepatutnya hari ini ada 2 perbicaraan:
a) Saman pemula daripada pihak plaintif (Mansoor, Azira, Hasbeemaputra, Hazwany) untuk mendapatkan perintah injuksi menghalang TGHH membentangkan Private Bill berkenaan hudud di Parlimen.
b) Saman permohonan daripada pihak TGHH untuk membatalkan permohonan perintah injuksi pihak plaintif.
2. Tetapi pagi ini pihak defendan (TGHH) telah mengemukakan bantahan awal bahawa saman pemula oleh pihak plantif tidak mengikut prosedur.
3. Sepatutnya plaintif perlu buat semakan kehakiman sebelum membuat saman pemula permohonan injuksi.
4. 5 Okt 2015, mahkamah akan buat keputusan berkenaan bantahan awal oleh pihak defendan. Sekiranya mahkamah menerima bantahan awal ini, maka dengan sendirinya saman pemula oleh pihak plaintif terbatal.
6. Sekiranya mahkamah menolak bantahan awal ini, baru prosiding untuk kedua-dua permohonan injuksi & pembatalan injuksi akan dimulakan.
Tambahan: 7 Okt 2015 mahkamah akan buat keputusan berkenaan kes saman pil kuda.
Catatan: Fairuz Nizam
0 comments: