SALMIYAH HARUN | 07 September 2015.

Menurut Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid sehingga kini sebanyak 200 NGO yang menyatakan kesediaan untuk menyertai kongres itu nanti.
"Seramai 1,500 pemerhati dan 1,500 perwakilan yang akan menyertai kongres ini," katanya dalam sidang media di MyHarakah Bazaar, petang ini.
Katanya, pihak urusetia telah menerima 28 usul yang meliputi perundangan, ekonomi, integrasi nasional, jati diri, keselamatan, pendidikan dan sosial daripada pelbagai pihak melalui 'online'.
"Pihak kami akan memberi ruang hingga Rabu ini untuk menapis dan menyusun usul-usul ini," katanya.
Beliau percaya Kongres Rakyat ini akan menghasilkan usul yang bernas daripada suara rakyat sendiri.
Jelasnya, usul yang dikemukakan ini akan dirumuskan dan dipanjangkan kepada menteri dan jemaah menteri atau Majlis Raja-raja Melayu untuk perhatian dan tindakan.
Sementara itu, katanya seramai enam panelis dalam pelbagai bidang yang akan diketengahkan sebagai pembicara dan pengupas isu.
Misalnya, bekas Timbalan Pengarah SPRM Datuk Seri Zakaria Jaafar akan membincangkan soal integriti sosial, soal ekonomi akan dikupas oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Tan Sri Ali Hashim manakala soal politik akan dikupas oleh Presiden Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.
Dan beberapa lagi tokoh PAS yang akan dijemput iatu Musyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang akan mengupas soal agama dan pendidikan.
Tambah Azmi, seramai 18 wakil daripada NGO akan diberi ruang untuk berucap pada kongres itu nanti. - HARAKAHDAILY 7/9/2015
0 comments: