Antara krisis yang melanda masyarakat dunia masakini adalah krisis kepercayaan pada institusi (secara longgar dipanggil anarki).
Bidang perubatan dilanda kemunculan golongan anti-vaxxers, kerana tidak percaya institusi kedoktoran.
Bidang kewangan dilanda kemunculan skim-skim pelaburan pelik (baca: mudah kaya), kerana tidak percaya institusi pelaburan professional.
Bidang agama dilanda kemunculan golongan Quranist, kerana tidak percaya institusi ilmu hadis.
Dan senarai ini berterusan.
Benar, kelemahan dalam setiap institusi ada dan akan sentiasa ada. Tetapi terus mengenepikan pandangan ahli bidangnya itu adalah satu kezaliman nyata.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (Bukhari)
0 comments: